SPRM
terbuka beri penjelasan kepada LKS
terbuka beri penjelasan kepada LKS
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menerima kunjungan ahli Parlimen
veteran, Lim Kit Siang sekiranya beliau mahu mendapatkan penjelasan daripada
agensi pencegahan rasuah ini berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara
Incorporated Sdn Bhd di Australia.
Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sentiasa terbuka
untuk memberi penjelasan mengenai apa jua isu kepada mana-mana pihak pada
bila-bila masa.
"Ini
adalah dasar dan pendekatan SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, telus
dan profesional," kata beliau hari ini.
Abu
Kassim mengulas kenyataan Kit Siang, Penasihat DAP dalam blognya hari ini.
Dalam
kenyataannya, Kit Siang mendakwa SPRM tidak kompeten dan tidak efisien dalam
tindakan berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd.
Katanya,
beliau sedang mempertimbangkan untuk berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM untuk
mendapatkan penjelasan sekiranya Ketua Pesuruhjaya boleh memberi jaminan bahawa
akan memberi penjelasan yang memuaskan.
"SPRM
mengalu-alukan kedatangan beliau sekiranya berhasrat untuk mendapatkan
penjelasan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil," kata Abu
Kassim.
Abu
Kassim menambah bahawa telah menjadi amalan pihaknya untuk menerima kunjungan
mana-mana pihak bagi menjelaskan apa jua isu yang dibangkitkan.
"Malah,
SPRM telah mengadakan siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin DAP di peringkat
nasional dan negeri.
"Ini
termasuklah satu pertemuan pada awal April 2015 di Bangunan Parlimen, di mana
kesemua isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen DAP telah diberi
penjelasan dengan terperinci," kata beliau.
Selain
itu, jelas Abu Kassim, DAP mempunyai wakil dalam Jawatankuasa Khas Mengenai
Rasuah (JKMR) iaitu Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan boleh
mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa.
"Mana-mana
pihak yang sangsi dengan fungsi dan peranan SPRM juga boleh menghubungi JKMR
untuk mendapatkan penjelasan," katanya lagi.
JKMR
merupakan salah satu daripada lima badan bebas, yang ahlinya terdiri daripada
kalangan ahli-ahli Parlimen, memantau perjalanan SPRM.
Kata
beliau, kesemua lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM lazimnya akan
diberi makluman mengenai status kemajuan siasatan sesuatu kes jika dibangkitkan
atau jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.
Semalam,
SPRM menegaskan dakwaan Kit Siang bahawa isu pembelian hartanah oleh Mara
Incorporated Sdn Bhd sudah diketahui SPRM sejak Disember 2014 adalah tidak
benar sama sekali.
Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, SPRM
hanya mula menerima maklumat daripada orang ramai pada Mac 2015, dan badan itu
terus memulakan proses 'profiling' ke atas individu dan syarikat terlibat.
"Susulan
itu, SPRM menerima kunjungan Polis Australia pada Mei 2015 di mana kedua-dua
pihak SPRM dan polis Australia bertukar-tukar maklumat dan memulakan siasatan
bersama.
"Pada
Jun pula, SPRM menghantar beberapa pegawai ke Melbourne untuk berbincang.
Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015,
pegawai SPRM sudahpun berada di Melbourne sebagai sebahagian daripada kerja
siasatan sebelum isu ini timbul," katanya.
Mohd
Shukri berkata SPRM sentiasa menjalankan siasatan secara telus, bebas dan
profesional tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

No comments:
Post a Comment