Mempolitikkan isu rasuah hanya
akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
Jika disebut tentang kekangan,
adalah persepsi yang mana kalau isu rasuah dipolitikkan akan timbulkan persepsi
negatif, sebab kalau dari segi fakta kita akan memperlihatkan ketelusan kita.
Jika persepsi berterusan dan
persepsi negatif dilemparkan terutama terhadap agensi yang berusaha
bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah, ini akan menjejaskan usaha baik yang
dilaksanakan.
Contohnya satu Produk yang sudah
ketinggalan bak kata pepatah "Rumah Kata Pergi Kubur kata Mari" Namun
riak dan egonya masih menyangka dirinya masih up to date macam anak muda.
Sedarlah rambut pun dah
beruban.... Jika dahulu dizaman katak
bawah tempurung bolehlah nak berlagak sakan tapi sekarang nie zaman dah berubah,
Nak berdebat akan tetapi penakut dan bacul.
Siapa yang penulis maksudkan?
Sebut sahaja Zaharin Mohd Yasin,
semua ahli Umno mengenali bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu.
Zaharin juga lebih dikenali sebagai Sang Kelembai, seperti nama blognya yang
secara konsisten menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sewaktu Pak
Lah menjadi Perdana Menteri.
Selepas Pak Lah jatuh, blog Sang
Kelembai tidak aktif lagi. Sebelum ini Zaharin secara konsisten menghentam
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam Umno sehingga beliau
dipecat dari Umno pada tahun 1998. Oleh itu Zaharin juga ada saham dalam menjatuhkan
Anwar Ibrahim.
Bagi penulis, apa yang ditulis
oleh Zaharin aka Sang Kelembai hanyalah penulisan bersifat politik dan kosong
tanpa sebarang fakta.
Penulis hanya melihat luahan Sang
Kelembai hanyalah imiginasinya semata-mata, maklumlah dikatakan Sang Kelembai
ini pun suka ‘PAU’ orang-orang politik. Betul ke?
Jika betul, cukup-cukuplah menjadikan
SPRM sebagai alat politik semata-mata untuk memuaskan nafsu anda yang kononya memahami
prosedur tetapi hakikatnya otak kosong.
Lihatlah penulisan Sang Kelembai
yang hanya mempolemikkan apa yang dilakukan SPRM kerana tindakan SPRM ini
membuktikan kredibiliti agensi tersebut. Langkah SPRM ini menunjukan keseriusan
SPRM memerangi rasuah.
Jika anda benar-benar fikirkan soal maruah... Sang Kelembai sepatutnya
bersama-sama SPRM dalam memerangi rasuah dan penyelewengan.
Tetapi sebaliknya Sang Kelembai dilihat
lebih gemar mengambil kesempatan dalam menggunakan isu rasuah untuk menjatuhkan
pihak lawan.
Mereka ini secara tidak langsung
telah mempengaruhi persepsi masyarakat
terhadap isu rasuah di negara ini.
Ironinya memang sukar untuk
mencari yang benar-benar komited
memperkatakan isu rasuah di negara ini, selain menunding jari kepada lawan, dan
membuat tohmahan, baik pemerintah dan pembangkang, mereka sering dilihat
mengambil kesempatan memperbesarkan isu berkaitan SPRM.
Akibat terlalu banyak menggunakan
isu rasuah dalam urusan politik, maka masyarakat yang dilihat hari ini adalah
masyarakat yang mempunyai persepsi pelbagai terhadap isu rasuah, mengikut
fahaman politik yang dipegang mereka.





























