SPRM hanya minta kerjasama Rosli Dahlan, tidak pernah bertindak kasar
KUALA LUMPUR: Walaupun peguam plaintif cuba menimbulkan soal tidak konsisten dalam keterangan, saksi-saksi pihak defendan berpegang dengan pendirian mereka sama sekali tidak menggunakan kekerasan ketika menahan peguam Rosli Dahlan di pejabat dia pada Oktober 2007.
Dalam keterangan semalam, Datuk Azam Baki dan Datuk Sok One a/l Esen menegaskan bahawa kedua-dua mereka telah pergi ke pejabat Rosli untuk membantu urusan penahanan peguam itu, tetapi tidak terlibat menahan dia atau menaikkan suara ketika penahanan.
Rosli ditahan di pejabat beliau di Tingkat 17, Menara Asia Life Assurance, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur oleh pegawai-pegawai BPR ketika itu. [BPR dinaikkan taraf sebagai SPRM pada 2009].
Rosli mengemukakan saman ke atas pegawai-pegawai BPR dan kerajaan.
Azam, pegawai yang mengarahkan penahanan Rosli bertegas dengan pendirian ketika disoal balas oleh peguam plaintif pada hari keempat saksi-saksi defendan memberi keterangan.
Menurut Azam, beliau hanya meminta Rosli agar bekerjasama dengan pegawai-pegawai yang ditugaskan dan tidak pernah mengeluarkan arahan agar melutut dan agar dia digari.
“Saya tidak menaikkan suara atau menengking dia. Saya hanya meminta dia beri kerjasama dengan pegawai (saya),” kata Azam.
Azam kini merupakan Pengarah Perisikan SPRM.
Menjawab soalan peguam plaintif Chettan Jetwani yang mendakwa Azam dan timbalannya Sok One menyerbu masuk ke pejabat Rosli di mana tiga pegawai lain menahan Rosli lalu menengking, Azam berkata, beliau tidak bersetuju dengan andaian itu.
Azam menjelaskan bahawa Rosli enggan beri kerjasama apabila diminta bekerjasama dengan pegawai-pegawai BPR ketika itu.
Azam juga berkata, beliau ada memaklumkan Rosli bahawa tangannya kemungkinan cedera sekiranya bergelut apabila digari.
“Saya telah memberitahu dia awal-awal, jika bergelut, kemungkinan akan tercedera,” katanya.
Bagaimanapun menurut Azam, gari Rosli dikeluarkan apabila dia bersetuju untuk bekerjasama dan meminta agar dibenar menghubungi isterinya.
Azam berkata pihaknya tiba di pejabat Rosli untuk menyempurnakan tugas menahan dia.
Dalam pada itu, Sok One ketika memberi keterangan memberitahu bahawa Rosli menggunakan kata-kata kesat ketika mereka tiba di pejabatnya pada hari kejadian.
Bagaimanapun beliau enggan menyebut kata-kata kesat yang dikeluarkan sebagai tanda menghormati mahkamah.
Kata Sok One, Rosli memanggilnya sebagai ‘peninju’ Thai dan cuba mengajak dia untuk ‘berlawan’ apabila bertegas menjalankan tugas yang diberikan.
“Ya, saya tegas (dalam menjalankan tugas), tetapi tidak menaikkan suara dan jerit ke arah dia,” kata beliau yang kini merupakan Timbalan Pengarah Perisikan.
Sok One mengakui dia berada berdekatan dengan Rosli ketika penahanan dibuat tetapi tidak membantu dalam urusan penahanan atau menyentuh dia.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam ditangguh sehingga 12 Oktober 2015.

No comments:
Post a Comment