StatCounter

Sunday, 23 August 2015

Perlukah SPRM menyiasat DEIG?

BOMMM... Malaysia digemparkan lagi dengan isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang  mula dibangkitkan Adun Pelabuhan Klang, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun yang lalu apabila beliau mempertikai ketelusan DEIG yang kegiatannya didakwa disorok di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana takut diaudit.

Penubuhan itu turut dipertikai oleh pemimpin BN, khususnya di Selangor, yang bimbang dana milik kerajaan negeri disalah guna oleh DEIG. Menurut Menteri Besar Selangor, MOHAMED AZMIN ALI, semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masih belum ada sebarang transaksi dibuat dan DEIG masih sebuah syarikat bernilai RM2.

Kaji kewujudan DEIG, 
Prinsip utama DEIG ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan aset dalam MBI yang memiliki 12 anak syarikat bernilai RM6.3 bilion dalam bentuk tanah dan hartanah. Dulu kita ada State Secretary Incoprated (SSI) yang menguruskan aset kerajaan negeri.

Pada tahun 1994 kerajaan negeri tak berupaya, maka SSI dipindah kepada MBI dan matlamat masih sama. Sepanjang penubuhan MBI kesemua anak syarikat gagal beri pulangan dan bayar dividen pada kerajaan negeri.

Apakah ini perlu diteruskan dalam keadaan mereka punya aset besar tetapi tidak boleh bagi pulangan kepada kerajaan negeri, sedangkan pulangan itu penting untuk kita teruskan pembangunan negeri.

Kegagalan cipta nilai baru dan nilai tambah pada hartanah tersebut oleh 
State Secretary Incoprated (SSI) dan menyebabkan kerugian besar pada negeri. Matlamat kita menubuhkan DEIG adalah untuk menguruskan pelaburan dari 12 anak syarikat itu secara profesional dengan tujuan mencipta nilai tambah pada aset sedia ada.

Peranan DEIG 
DEIG entiti baru yang berperanan untuk terlibat dalam pelaburan aset kerajaan negeri. Sebagai contoh ada tiga anak syarikat di bawah MBI dalam bidang yang sama iaitu hartanah. Sudah tentu ada persaingan, maka kita gabungkan menjadi entiti di bawah DEIG dan dibentuk dalam beberapa kluster.

Salah satunya adalah hartanah , pendidikan, kesihatan dan unisel akan diletak bawah pendidikan, anak syarikat berkenaan akan terlibat untuk dapatkan hasil untuk biayai universiti. DEIG akan diuruskan secara profesional.

DEIG sudah beroperasi?
DEIG belum beroperasi hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016, DEIG tidak ada aset maka dakwaan DEIG syarikat RM2 uruskan aset RM6.3 bilion adalah satu pembohongan dan fakta yang salah.

DEIG ditubuhkan Mei 2015, pada peringkat awal memang ada dua pemegang saham  iaitu CEO dan COO MBI kerana akhirnya DEIG akan dimiliki oleh MBI. Dalam mana pembentukan syarikat memang perlukan dua orang pemegang saham, untuk daftar nama syarikat.

Dua bulan kemudian, pada Julai 2015 DEIG telah menjadi milik penuh MBI. Fakta pertama saya nak tegaskan adalah tidak benar DEIG dimiliki oleh dua individu kerana saya telah serah sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS). Faktanya sekarang DEIG dimiliki penuh oleh MBI.

DEIG belum beroperasi, jadi apakah yang sedang dilakukan ketika ini?
Kita hanya akan beroperasi tahun depan, kerana matlamat kita dari tahun penubuhan hingga hujung tahun ini kita akan perkemaskan urus tadbir korporat kerana kita mahu DEIG ini diurus dengan prinsip ke bertanggungjawab, ketelusan dan mesti diikat dan dikawal dengan peruntukan undang-undang yang jelas.

Kita sedang berbincang dengan penasihat undang-undang segala aktiviti dan penyata kewangan DEIG boleh diteliti dan disemak oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC). Saya juga sudah umumkan bahawa  Jawatankuasa Pilihan Negeri boleh memanggil pada bila-bila masa panggil DEIG untuk beri keterangan.

DEIG dimiliki oleh MBI maka sebarang aktiviti dan pelaburan kemudian akan terkandung dalam akaun yang disatukan di bawah MBI dan di bentang pada sidang Dun. Itu antara contoh perbezaan kita dengan Khazanah milik kerajaan.

Rasional Sisatan SPRM ke atas DEIG
Jadi apa rasional pelbagai pihak mendesak SPRM menjalankan siasatan terhadap DEIG sedangkan DEIG belum beroperasi hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016? Hari ini di dalam Mingguan Malaysia menerusi ruang Awang Selamat http://www.utusan.com.my/rencana/bisik-bisik/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.127533#sthash.qqgJDLjs.dpuf
pelbagai pihak mahu perkara itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain Barisan Nasional (BN) dijangka memohon semakan kehakiman bagi membatalkan DEIG.

Sebagai Anak Malaysia, saya meneyeru semua pihak agar berfikiran waras berhubung isu DEIG ini. Jangan jadi pak lawak untuk cakap benda yang kita sendiri tidak fahami... Jangan samakan situasi DEIG dengan SRC mahupun 1MDB...ni semua adalah perkara yang berbeza sama sekali.

Ada Akal fikirkanlah bersama. Jangan Dayuskan fikiran masyarakat lain.

Laporan Penuh Wawancara Khas Sinar Harian Bersama Menteri Besar Selangor
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/deig-sedia-disiasat-sprm-pac-1.422127



SPRM Syor Dunia Pertingkat Perkongsian Maklumat melalui Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap perkongsian maklumat mengenai strategi pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa akan dipertingkatkan bagi membolehkan jenayah rasuah dapat diperangi dengan lebih berkesan.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato' Mohd. Jamidan Abdullah berkata, perkongsian maklumat mengenai kaedah pencegahan rasuah dari pelbagai agensi di seluruh dunia merupakan cara berkesan untuk meningkatkan kapasiti menangani isu rasuah di negara masing-masing.

Bagi tujuan tersebut kata beliau, SPRM sedia untuk menyediakan sokongan dan kemudahan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16, yang akan berlangsung mulai 2 hingga 4 September 2015. Ia akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. SPRM kali pertama menganjurkan persidangan itu.

Berucap menutup Kursus Persijilan Eksekutif Bagi Pengurusan Strategik Antirasuah di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur Jumaat lepas, Dato' Mohd Jamidan berkata, setiap pihak harus memberi tumpuan kepada perancangan dan pelaksanaan berkaitan pencegahan rasuah kerana rasuah merupakan ancaman utama kepada negara.

Katanya, ketika ini perkara tersebut sering diabaikan oleh kebanyakkan pihak walaupun menyedari kesan buruknya.

“Kelemahan-kelemahan ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.

“Oleh itu kita perlu bertindak balas terhadap ancaman global ini dan kegagalan berbuat demikian akan mengkhianati generasi akan datang," katanya.

Persidangan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia tersebut dijangka akan disertai pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dari seluruh dunia yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah.

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang julungkalinya diadakan di Malaysia akan menyediakan platform holistik kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam memerangi rasuah dengan lebih berkesan.


Tiga Individu Diminta Tampil Bantu Siasatan


PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta tiga orang individu agar tampil menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd.



Pengarah Siasatan SPRM Dato’ Azam Baki berkata ketiga-tiga mereka adalah Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah SRC International Sdn Bhd, Dato' Suboh Md Yassin, dan ahli perniagaan Low Taek Jho juga dikenali sebagai "Jho Low".




Dalam satu kenyataan di sini hari, SPRM memberikan alamat mereka:





1. Nik Faisal
(No kad pengenalan: 710304-10-6303 dan pasport bernombor A3178024).
Alamat terakhir:
No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.










2. Datuk Suboh
(No kad pengenalan: 510111-10-5521 dan pasport bernombor D021678 dan R016029).
Alamat terakhir:
3-15-2, No 3, The Residence, Jalan Wan Kadir 5, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.









3. Low Taek Jho
(No kad pengenalan: 811104-07-5701).
Alamat terakhir:
69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

 




Dato’ Azam berkata mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya.


Tiga individu itu juga dikehendaki menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757 atau 03-88900752, atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019-6000345 atau 03-88900754.


"SPRM juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat di mana ketiga-tiga mereka berada agar menghubungi Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa atau pun mana-mana Pejabat SPRM yang terdekat," katanya.




Thursday, 13 August 2015

Lagi 376 Pakar Terkemuka mengesahkan penyertaan di dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di Putrajaya

Seramai 376 pakar terkemuka antarangbangsa yang terdiri dari pelbagai negara telah mengesahkan penyertaan di dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang akan di adakan di Putrajaya mulai 2 September 2015. Persidangan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia ini dijangka akan disertai pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dari seluruh dunia yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah. Dijangka bilangan peserta akan bertambah menjelang persidangan September ini.

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang julungkalinya diadakan di Malaysia akan menyediakan platform holistik kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam memerangi rasuah dengan lebih berkesan.


Malaysia dipilih menjadi tuan rumah kali ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di rantau Asia Ini juga adalah satu penghormatan apabila Malaysia dan SPRM dipilih sebagai tuan rumah IACC Ke-16.

Tuesday, 11 August 2015

Pakar Terkemuka dijangka menyertai Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di Putrajaya

Lebih 318 Pakar terkemuka yang terdiri dari 104 Negara termasuk Malaysia dijangka akan menyertai Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang akan di adakan di Putrajaya mulai 2 September 2015. Persidangan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia ini dijangka akan disertai pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dari seluruh dunia yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah. Dijangka bilangan peserta akan bertambah menjelang persidangan September ini.

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang julungkalinya diadakan di Malaysia akan menyediakan platform holistik kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam memerangi rasuah dengan lebih berkesan.


Malaysia dipilih menjadi tuan rumah kali ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di rantau Asia Ini juga adalah satu penghormatan apabila Malaysia dan SPRM dipilih sebagai tuan rumah IACC Ke-16.

Lagi Pakar Terkemuka dijangka menyertai Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di Putrajaya

Lebih 318 Pakar terkemuka yang terdiri dari 104 Negara termasuk Malaysia dijangka akan menyertai Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang akan di adakan di Putrajaya mulai 2 September 2015. Persidangan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia ini dijangka akan disertai pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dari seluruh dunia yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah. Dijangka bilangan peserta akan bertambah menjelang persidangan September ini.

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang julungkalinya diadakan di Malaysia akan menyediakan platform holistik kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam memerangi rasuah dengan lebih berkesan.


Malaysia dipilih menjadi tuan rumah kali ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di rantau Asia Ini juga adalah satu penghormatan apabila Malaysia dan SPRM dipilih sebagai tuan rumah IACC Ke-16.

Ending Impunity

People. Integrity. Action.

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16


Agenda Plenary

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan  Plenary I

Mengakhiri kesan buruk: Rakyat. Integriti. Tindakan

Bagaimana untuk mencetuskan perubahan terhadap rasuah ?

Untuk memenangi perjuangan menentang rasuah dan menegakkan keadilan sosial sewajarnya rakyat bersatu tenaga dalam memastikan mereka yang menyalahgunakan kuasa tidak terlepas dari hukuman . Tekanan dari masyarakat, iltizam politik dan tindakan kolektif telah terbukti menjadi faktor penyumbang kepada perubahan positif – kesan yang dapat dilihat di mana-mana negara di dunia - namun risiko dan cabaran bagi mereka yang mengambil pendirian menentang rasuah tetap ada.

Sesi pembukaan Plenary akan membincangkan bagaimana masyarakat global harus lebih proaktif membabitkan diri untuk memahami kesan rasuah kepada rakyat, dan untuk memastikan keselamatan dan keadilan untuk semua, terutamanya bagi mereka yang tegas menolak rasuah.


Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan  Plenary II

Keamanan, Kesaksamaan dan Keadilan Sosial: Membanteras Rasuah dalam Pembangunan dan Pelaburan Selepas 2015

Bagaimana membasmi rasuah dalam usaha untuk menamatkan kemiskinan tegar ?
Rasuah hanya menjadikan yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin lebih miskin; ia bagai bahan api kepada konflik dan keganasan, memusnahkan alam semula jadi dan akhirnya menyakitkan rakyat yang memerlukan.

Walaupun faedah dari pelaburan asing secara langsung membawa kemajuan seperti yang dicapai oleh negara-negara di dalam kumpulan MDG  - rasuah skala besar , kemerosotan ketara sumber semula jadi, aliran kewangan haram dan aktiviti pengelakan cukai – telah menghalang usaha murni mencapai keamanan , kesaksamaan dan keadilan sosial . Namun, bagaimana untuk memastikan bahawa anti -rasuah dan ketelusan menjadi pemangkin kepada bantuan asing dan pelaburan secara langsung?

Ahli Panel akan membincangkan mengapa ketelusan, akauntabiliti dan integriti seharusnya menjadi teras terhadap keselamatan manusia. Pada sesi ini mereka bakal mengemukakan cadangan ke arah memastikan pelaburan asing berjalan dengan adil dan telus selain menggariskan usul utama mencapai Matlamat Pembangunan 2015.


Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan  Plenary III

Memastikan Urus Niaga Bersih dan Menghentikan Aliran Wang Haram
Bagaimana syarikat-syarikat dan pemimpin mereka boleh menyumbang kepada usaha memerangi rasuah ?
Sejak akhir-akhir ini, organisasi antarabangsa dan kerajaan mula mengenali kewujudan dan kesan wang “kotor” dalam sistem kewangan: aliran keluar wang haram dari negara-negara miskin yang hakikatnya memerlukan pertolongan dan pelaburan dan rangkaian penjenayah yang tegar membawa wang keluar masuk melalui kawasan-kawasan perlindungan luar pesisir.

 Pada masa sama, syarikat-syarikat yang dilindungi dan penguasa yang bertindak dalam kerahsiaan, memudahkan lagi pengelakan cukai secara besar-besaran dan mengurangkan belanja kewangan negara yang sudah sedia dalam kesulitan. Setiap elemen ini menjadi penyebab kepada krisis kewangan global.

Sesi ini akan melibatkan panel terdiri dari pakar-pakar di pelbagai sektor yang secara kritis akan membentangkan situasi semasa hal ehwal kewangan dunia. Memperinci langkah-langkah yang telah diambil oleh bank, perniagaan, masyarakat awam dan kerajaan dalam usaha membendung aliran haram , sesi ini akan memberi perhatian kepada apa yang perlu dilakukan untuk memastikan wang ‘kotor’ terhapus daripada sistem kewangan global.




Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan  Plenary IV

Jangan Biarkan Mereka Terlepas : Siasatan dan Kebenaran

Rakyat, wartawan dan penyokong dari semua bidang kini mempunyai akses yang diperlukan untuk mendedahkan jenayah rasuah. Dengan beberapa ‘klik’, sesiapa sahaja boleh mendedahkan kegiatan rasuah sehingga di peringkat global; budaya baru berkerjasama membolehkan wartawan penyiasatan mendedahkan kes rasuah antarabangsa secara sistemik manakala penyokong dari seluruh dunia semakin menggunakan siasatan gaya kewartawanan untuk mengukuhkan kerja mereka. Bagaimanapun di sebalik kemajuan ini, atau mungkin kerana kemajuan ini, risiko bagi orang-orang yang lantang bersuara adalah lebih besar berbanding sebelum ini. Kerjasama di antara kumpulan-kumpulan ini masih lemah.

Terdapat dua tujuan sesi ini diadakan: Pertama, mengenal pasti halangan utama yang menyekat  rakyat, wartawan dan penyokong daripada bekerjasama dengan lebih berkesan dan kedua, menghasilkan cadangan konkrit untuk tindakan masyarakat global. Menyokong mereka yang bersuara lantang menentang rasuah, sesi ini akan mengenal pasti tindakan konkrit yang perlu masyarakat global implementasikan untuk mengubah persekitaran negara dan antarabangsa yang semakin berbahaya




Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Penutup Plenary V

Rasuah: Cara Untuk Menghentikan Rasuah Dari Merampas Harta Saya dan Anda
Apakah perubahan struktur di peringkat global yang perlu diambil sekiranya rasuah ingin dihapuskan? Apakah jenis dan tahap kerjasama di antara sektor dan negara yang masih diperlukan? Bagaimana kita boleh memastikan persekitaran yang selamat bagi mereka yang berintegriti untuk mengambil tindakan terhadap rasuah ?

Sesi pleno ini akan menutup dan mengenal pasti sesi pleno sebelumnya dan menggariskan apa yang perlu diubah untuk menangani cabaran global yang terbesar sekali : mengakhiri kesan buruk kerana rasuah.




Thursday, 6 August 2015

Teruskan Tugas Murni,
Wira Pejuang Pencegahan Rasuah

Sambil menyifatkan warga kerja SPRM, khususnya pegawai-pegawai yang mengendalikan siasatan kes SRC International sebagai "wira", Datuk Haji Mustafar Ali berharap tugas dan tanggungjawab akan terus dilaksanakan dengan penuh amanah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) berkata: "Kepada semua pegawai SPRM, khususnya mereka yang terlibat dalam penyiasatan kes ini dan semua pegawai yang bersama mendokong tugas secara kolektif.""Saya penuh yakin semua pegawai akan meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan dengan semangat yang tinggi. Kekalkan dan perkukuhkan semangat esprit de corps sambil sentiasa memegang niat yang tulus ikhlas dalam usaha membanteras rasuah," kata beliau yang sedang menjalankan tugas-tugas Ketua Pesuruhjaya.
"Semua pertanggungjawaban yang dijalankan dengan niat suci murni dan berlandaskan undang-undang merupakan tuntutan sistem keadilan jenayah," kata Datuk Mustafar ketika ditemui di Bahagian Operasi Khas selepas menyambut Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Ruslan Tuan Mat dan Penolong Pesuruhjaya Rosli Hussain kira-kira 11 malam tadi.Datuk Mustafar juga berkata, amanah ini juga adalah tuntutan agama dalam menegakkan amal makruf dan mencegah kemungkaran.

Kedua-dua Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Ruslan dan Penolong Pesuruhjaya Rosli ditangkap oleh polis untuk tujuan soal siasat kira-kira 5.30 petang tadi.
Hari ini, tiga pegawai termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Dato' Tan Kang Sai telah dipanggil untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada petang tadi.
Dato' Tan telah berada di IPD Putrajaya kira-kira tiga jam dari pukul 3 petang.Selain beliau, Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Ruslan dan Penolong Pesuruhjaya Rosli yang terlibat dalam siasatan berkaitan SRC International telah diminta hadir di IPD Putrajaya petang tadi.

Kedua-dua mereka kemudian telah ditangkap.Bilik kedua-dua mereka di BOK di Presint 3 Putrajaya dan rumah mereka telah digeledah oleh polis. Dokumen dan laptop juga telah diambil oleh polis. Kita sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.Salah seorang daripada pegawai itu merupakan pegawai penyiasat kes SRC International.

Turut hadir menyambut mereka, Pengarah BOK, Dato' Bahri Mohamad Zain dan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Dato Norazlan Mohd Razali. Selain mereka, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalee Abdul Khairi juga hadir sama.Terdahulu ketika ditemui wartawan di lobi Menara Prisma di sini, Datuk Mustafar berkata, "saya ingin menegaskan bahawa SPRM akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus dan profesional."Ditanya adakah sama ada tangkapan ini menganggu siasatan terhadap kes yang disiasat oleh SPRM, beliau menjelaskan, "ia sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses siasatan kerana peralatan seperti laptop pegawai-pegawai bertugas telah diambil oleh pihak polis."Setakat ini tujuh pegawai telah dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung dakwaan kebocoran maklumat.

Selain Dato' Bahri, Dato' Tan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Ruslan, Penolong Pesuruhjaya Rosli dan Tuan Sazalee, turut disiasat Pengarah Bahagian Forensik, Dato' IG Chandran dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Arafat Ibrahim.

Wednesday, 5 August 2015


Derma RM 2.6 Bilion siapa akan siasat?

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana RM 2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia Development Berhad dan dana tersebut disalurkan oleh seorang penderma kepada Perdana Menteri maka ramailah yang membuat pelbagai tangapan terhadap SPRM.

Mari kita renungkan  semula beberapa petikan kenyataan tersebut:-

1.   Hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

2.   Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

3.   Siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

Mari kita sama-sama berfikir dan bermuahasabah diri sebelum kita salahkan SPRM kerana telah berjaya suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

Berbalik kepada kenyataan media SPRM bertarikh 3 Ogos 2015 tersebut, langsung tidak dinyatakan SPRM tidak akan siasat berkaitan hasil penemuan dana yag telah didermakan oleh ‘individu’ yang pemurah dan masih lagi menjadi misteri semua masyarakat Malaysia. Jadi siapa yang akan siasat??? Pening lagi kan???

Dalam kenyataan media tersebut jelas dan bersuluh SPRM telah menyatakan “Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara”. Tetapi sehingga hari inikenapa dan mengapa Peguam Negara masih membisu untuk menjelaskan kepada masyarakat apa yang telah dilaporkan SPRM?

Bukalah minda wahai semua Masyarakat Malaysia beban untuk SPRM dedahkan maklumat siasatan berkaitan RM2.6 bilion bukan beban SPRM tetapi Peguam Negara harus memperjelaskan seterang-terangnya kepada raykat.

Jika kita melihat dari segi peruntukan perundangan Malaysia, SPRM telah menjalankan tugas mengikut peruntukan yang disediakan dan hasil siasatan juga telah dimaklumkan kepada Peguam Negara.

Peranan penting Peguam Negara sekarang adalah untuk menjalankan tugas seterusnya terutamanya melaksanakan hasil siasatan SPRM dan arahan untuk tindakan seterusnya SPRM dalam isu ini.

Persoalan tidak timbul kepada SPRM untuk menjelaskan kepada umum hasil siasatan mereka kerana pada masa ini Peguam Negara seharusnya bertindak dan SPRM akan bertindak mengikut peruntukan perundakan dan Akta SPRM 2009 dan terbukti siasatan SPRM terhadap dana RM2.6bilion tidak terhenti disitu sahaja. Tegas dalam hal ini SPRM telah membuktikan  mereka adalah sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

Sekarang kita perlu mengharapkan siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn Bhd yang melibatkan dana RM4 bilion. Diharapkan siasatan tersebut tidak aka nada campur tangan dan gangguan daripada pelbagai pihak. Perkara utama sekarang kita seharusnya memberikan sokongan dan semangat kepada SPRM dalam menjalankan siasatan yang bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

Yakinlah SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan. Sebagai rakyat Malaysia yang demokrasi juga kita semua janganlah membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan SPRM mengenai perkara ini selesai.

#supportsprm
#sprmpejuangantirasuah
#sprmbukanpekomplot
#untukmusprm
#solidarityforsprm

ANTARA HADIAH DAN RASUAH

Sikap yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji dalam setiap individu. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:

1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan

“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)

Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau aka nada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.

2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa?

Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?

 

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).

 

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).

Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, nmun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.

3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.

4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)

“dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.

6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).

7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).

8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:

“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa.

 

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Mufti Perlis
Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIAM

 
SPRM MOHON PETUNJUK DAN KEKUATAN HARUNGI WAKTU SUKAR MENYELAMATKAN NEGARA DARI RASUAH

Lebih 100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana yang diadakan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.

Solat diadakan di bangunan pentadbiran SPRM di sini selepas solat Zohor, dipimpin oleh Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Profesionalisme dan Pengurusan, Datuk Seri Zakaria Jaffar.
 

Tazkirah ringkas dan doa memohon supaya SPRM dapat meneruskan perjuangan membela maruah agama, bangsa dan tanah air disusuli selepas itu.

Antara kandungan doa berkenaan ialah: "Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa."

Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.

Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.
 
Antaranya di Negeri Sembilan di mana solat hajat didirikan selepas solat dhuha sekitar jam 9 pagi dan dihadiri 36 kakitangan termasuk Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam.

Sementara Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban mengambil peluang menyampaikan amanat dan pesanan kepada pegawai dan kakitangan yang menjadi jemaah solat hajat.

Selain itu, SPRM Johor, Melaka dan Terengganu turut diadakan pada Isnin dan Selasa.

Tuesday, 4 August 2015


MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK MESEJ SPRM

 

GEMPAR LAGI!!! Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan satu Kenyataan Media berhubung hasil siasatan SPRM berkaitan dana RM 2.6 bilion. Mari kita perhalusi Kenyataan Media tersebut;

 
PETIKAN KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM BERHUBUNG
HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya. SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015


Dalam Kenyataan Media tersebut apa yang kita fahami dan mengerti serta bermain-main difikiran kita?

 
Wartawan Veteran Datuk A. Kadir Jasin melalui blognya semalam yang membawakan isu Donations: Why Does It Take So Long to Say So? http://kadirjasin.blogspot.com/2015/08/donations-why-does-it-take-so-long-to.html telah memberikan perumpamaan seperti berikut:


“Saya pun dengar cerita seribu satu malam daripada Ali Baba Bujang Lapok yang kata, ada seorang saudagar yang sangat kaya yang ada ribu-ribu unta dan tikar terbang dari negeri Autastan, jiran Tipustan, bagi sadakah bilion-bilion dirham kepada DS Najib. Masya-Allah, banyaknya duit Sheikh unta itu. Alhamdulillah murahnya rezeki DS Najib. Shukran!”

 
[I had also heard the story of 1001 nights from Ali Baba Bujang Lapok, saying that there was a very rich trader with thousands of camels and a magic carpet from the nation of Autastan, neighbouring Tipustan, had presented DS Najib billions of dirhams of sadakah (alms). Masya-Allah, so wealthy is the Sheikh. Alhamdulillah, so bountiful is DB Najib’s rezeki. Shukran.]

 
Datuk A. Kadir Jasin melalui blognya juga menyatakan;

1.   Who are these donors and why did it take such a long time for the MACC and the 1MDB Taskforce to discover that the US$700 million was from donations?

2.   If the unaccounted 1MDB money or debts did not go to the Prime Minister’s private account, why did it go?

3.   Many more questions about 1MDB's modus operandi and dealings remain unanswered. 

4.   If the money in the Prime Minister’s account/s was not from 1MDB, why didn’t Jho Low say so or why did people linked to the account/s had to run away from the country?

Satu lagi, cuba kita buat sedikit kajian terdahulu, beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beberapa individu termasuklah Bekas Timblan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Ahmad Maslan Nafi Dakwaan Muhyiddin Wang 1MDB Dimasukkan Ke Akaun Najib http://www.siakapkeli.my/2015/07/ahmad-maslan-nafi-dakwaan-muhyiddin.html

 
Jadi apa kaitan Kenyataan Media SPRM  dengan Kenyataan Datuk Kadir Jasin? dan Kenyataan Ahmad Maslan ini?

 
Senang sahaja. Apa yang perlu masyarakat Malaysia berikan tumpuan adalah kepada 3 perkara ini:

1.   Kenyataan Media SPRM Perengan Kedua:-

-      Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB. 

2.   Kenyataan Blog Datuk A Kadir Jasin:-

-      “Saya pun dengar cerita seribu satu malam daripada Ali Baba Bujang Lapok yang kata, ada seorang saudagar yang sangat kaya yang ada ribu-ribu unta dan tikar terbang dari negeri Autastan, jiran Tipustan, bagi sadakah bilion-bilion dirham kepada DS Najib. Masya-Allah, banyaknya duit Sheikh unta itu. Alhamdulillah murahnya rezeki DS Najib. Shukran!”

-      If the money in the Prime Minister’s account/s was not from 1MDB, why didn’t Jho Low say so or why did people linked to the account/s had to run away from the country?
 

3.   Kenyataan Datuk Ahmad Maslan Nafi Dakwaan Muhyiddin

-      "Itu tidak betul… tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

 
Masih kurang jelaskan? Apa kaitan semua ini betul?

Jika dianalisis dari semua aspek logik dan kewarasan akal, secara halus dan tertib SPRM telah menjelaskan hasil siasatan mereka  telah mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB. Fokus kita bukan kepada ‘SUMBANGAN DERMA’ tetapi DANA SEBANYAK RM2.6BILION tersebut sememangnya ada dan di masukan ke dalam akaun Perdana Menteri.

SEKARANG kaitkanlah dengan kenyataan Ahmad Maslan  tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan”.

Jadi Kenyataan Blogger A. Kadir Jasin yang menggambarkan Ali Baba Bujang Lapok (SPRM) yang secara rasminya telah mengakui adanya dana yang telah dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri.

 
Persoalan yang sepatutnya timbul pada masa ini bukan kepada SPRM, tetapi kepada beberapa Organisasi di Negara kita anataranya:-


1.   Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)- Kenapa tiada audit dan siasatan yang dijalankan sedangkan akaun milik Perdana Menteri telah mencecah bilionan ringgit? Adakah siasatan terperinci telah dibuat? Adakah lopran tersebut telah dilaporkan?

2.   Pejabat Perdana Menteri (PMO)- Sekiranya kenyataan SPRM tidak benar dan dakwaan semata-mata, PMO seharusnya mengeluarkan kenyataan media susulan berkaitan dakwaan ini bagi menjawab isu ‘PENDERMA’ dan kenyataan terdahulu yang menyatakan tiada sebarang transaksi yang melibatkan akaun Perdana Menteri.

3.   Pejabat Peguam Negara (AGC)- Pejabat Peguam Negara selaku salah satu entiti dalam Pasukan Petugas Khas juga seharusnya mengeluarkan satu kenyataan media untuk menjelaskan kepada orang ramai berkaitan penerangan SPRM berhubung pembahagian skop siasatan kepada umum. Kenapa AGC hanya membiarkan hanya beban siasatan 1MDB hanya kepada SPRM sahaja untuk menjelaskan kepada rakyat? Adakah SPRM sahaj dalam Pasukan Petugas Khas tersebut?Kasian Mati Katak SPRM dibuatnya.

Jelas dan terang sekarang SPRM hanya menjalankan siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 Bilion. Dalam kenyataan media juga, SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Oleh itu kita seharusnya bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

 

#supportsprm
#sprmpejuangantirasuah
#sprmbukanpekomplot
#untukmusprm
#solidarityforsprm