StatCounter

Monday, 29 June 2015


SPRM
terbuka beri penjelasan kepada LKS
 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menerima kunjungan ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang sekiranya beliau mahu mendapatkan penjelasan daripada agensi pencegahan rasuah ini berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd di Australia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk memberi penjelasan mengenai apa jua isu kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa.

"Ini adalah dasar dan pendekatan SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional," kata beliau hari ini.

Abu Kassim mengulas kenyataan Kit Siang, Penasihat DAP dalam blognya hari ini.

Dalam kenyataannya, Kit Siang mendakwa SPRM tidak kompeten dan tidak efisien dalam tindakan berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd.

Katanya, beliau sedang mempertimbangkan untuk berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM untuk mendapatkan penjelasan sekiranya Ketua Pesuruhjaya boleh memberi jaminan bahawa akan memberi penjelasan yang memuaskan.

"SPRM mengalu-alukan kedatangan beliau sekiranya berhasrat untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil," kata Abu Kassim.

Abu Kassim menambah bahawa telah menjadi amalan pihaknya untuk menerima kunjungan mana-mana pihak bagi menjelaskan apa jua isu yang dibangkitkan.

"Malah, SPRM telah mengadakan siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin DAP di peringkat nasional dan negeri.

"Ini termasuklah satu pertemuan pada awal April 2015 di Bangunan Parlimen, di mana kesemua isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen DAP telah diberi penjelasan dengan terperinci," kata beliau.

Selain itu, jelas Abu Kassim, DAP mempunyai wakil dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) iaitu Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan boleh mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa.

"Mana-mana pihak yang sangsi dengan fungsi dan peranan SPRM juga boleh menghubungi JKMR untuk mendapatkan penjelasan," katanya lagi.

JKMR merupakan salah satu daripada lima badan bebas, yang ahlinya terdiri daripada kalangan ahli-ahli Parlimen, memantau perjalanan SPRM.

Kata beliau, kesemua lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM lazimnya akan diberi makluman mengenai status kemajuan siasatan sesuatu kes jika dibangkitkan atau jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.

Semalam, SPRM menegaskan dakwaan Kit Siang bahawa isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd sudah diketahui SPRM sejak Disember 2014 adalah tidak benar sama sekali.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, SPRM hanya mula menerima maklumat daripada orang ramai pada Mac 2015, dan badan itu terus memulakan proses 'profiling' ke atas individu dan syarikat terlibat.

"Susulan itu, SPRM menerima kunjungan Polis Australia pada Mei 2015 di mana kedua-dua pihak SPRM dan polis Australia bertukar-tukar maklumat dan memulakan siasatan bersama.

"Pada Jun pula, SPRM menghantar beberapa pegawai ke Melbourne untuk berbincang. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, pegawai SPRM sudahpun berada di Melbourne sebagai sebahagian daripada kerja siasatan sebelum isu ini timbul," katanya.

Mohd Shukri berkata SPRM sentiasa menjalankan siasatan secara telus, bebas dan profesional tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

Sunday, 28 June 2015


MARA INC: BADAN BEBAS SPRM YAKIN SPRM SIASAT DENGAN TELUS DAN PROFESIONAL

 


Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mempunyai keyakinan tinggi yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia dengan bebas, telus dan profesional.

LPPR, salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, yakin kerana SPRM dari semasa ke semasa memaklumkan kemajuan kes-kes yang disiasat, khususnya kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam, apabila diminta berbuat demikian ketika mesyuarat bulanan LPPR.

Justeru, LPPR juga percaya tidak timbul isu SPRM cuba menutup mana-mana kes yang disiasat.

Dalam hal ini, motif YB Lim Kit Siang yang mempolitikkan isu ini dengan mendakwa seolah-olah SPRM mahu menutup kes ini, satu tindakan tidak bertanggungjawb.

Berdasarkan Akta SPRM 2009, SPRM hanya bertanggungjawab menjalankan siasatan. Oleh itu, adalah penting bagi semua pihak meletakkan kepercayaan ke atas sistem dan institusi pencegahan rasuah di negara ini.

Memandangkan isu pembelian hartanah ini masih disiasat, maka LPPR berharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh. Jangan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan imej Suruhanjaya.

 

 

Selain LPPR, perjalanan SPRM juga dipantau oleh empat badan bebas yang lain. Panel Penilaian Operasi (PPO), yang fungsi dan kedudukannya pernah diiktiraf oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC), mempunyai peranan secara langsung berkenaan dengan aspek siasatan SPRM. Berdasarkan terma rujukan, PPO juga diberi makluman mengenai status sesuatu kes dari semasa ke semasa.

PPO, misalnya, pernah menasihatkan agar lebih 50 kes yang diputuskan tidak ada kes untuk didakwa oleh Pendakwa Raya antara tahun 2009 dan 2014, agar disiasat lanjut. Daripada jumlah itu, lapan kes berakhir dengan pendakwaan di mahkamah. Ini menunjukkan SPRM menjalankan fungsinya dengan bebas dan profesional.

Tiga panel yang lain ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, yang mana masing-masing mempunyai peranan bagi memelihara kebebasan, ketelusan dan profesionalisme SPRM.

Mengambil kira keseluruhan fungsi SPRM dan lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, LPPR amat yakin tidak akan wujud sebarang ruang untuk menutup apa jua kes yang disiasat.

 

LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH

BADAN BEBAS PEMANTAU SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

28 JUN 2015

Saturday, 27 June 2015


TIDAK ADIL
MENDAKWA SPRM CUBA TUTUP ISU MARA INC
 

Berhubung kenyataan media Ahli Parlimen YB Lim Kit Siang berkenaan dengan isu pembelian hartanah oleh MARA Inc Sdn Bhd, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kenyataan beliau bahawa SPRM telah pun memulakan siasatan sejak enam bulan yang lalu atau sejak Disember 2014.

Sebaik menerima maklumat daripada orang ramai pada bulan Mac 2015, SPRM telah memulakan proses 'profiling' ke atas individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusan pembelian hartanah dimaksudkan.

Susulan daripada itu, SPRM telah menerima kunjungan pihak Polis Australia pada bulan Mei 2015 di mana kedua-dua pihak SPRM dan Polis Australia telah bertukar-tukar maklumat, dan memulakan siasatan bersama.

Pada bulan Jun pula, SPRM telah menghantar beberapa pegawai SPRM ke Melbourne untuk berbincang dengan polis Australia. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, beberapa pegawai SPRM sudah pun berada di Melbourne, sebagai sebahagian daripada kerja siasatan, sebelum isu ini timbul.

Justeru, tidak timbul isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014.

Beberapa individu telah pun dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan masih berjalan.

SPRM ingin menegaskan bahawa SPRM akan menjalankan siasatan ini dengan telus, bebas dan secara profesional. Semua pihak harus memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

Tidak timbul isu SPRM cuba menutup kes ini. Malah, tidak adil bagi mana-mana pihak, khususnya ahli politik membuat andaian kononnya SPRM mahu menutup kes ini.

SPRM juga berharap semua pihak akan memahami proses kerja SPRM di mana SPRM tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kepada umum bagi mengelakkan kerja siasatan terganggu.

DATO' SRI MOHD SHUKRI ABDULL

TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)

Thursday, 25 June 2015

POLIS HALANG PEGAWAI SPRM TANGKAP POLIS RASUAH

Apa yang boleh kita katakan???  Bila tugas SPRM dihalang penguatkuasa undang-undang lain. Sampai bila isu rasuah dalam kalangan penguatkuasa tidak akan selesai.

Berhubung maklumat yang disebar luas melalui media sosial, Dato' Rohaizad Yaacob, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan bahawa Pejabat SPRM Selangor telah menghantar pegawainya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada 23 Jun 2015 (Selasa) susulan aduan bahawa satu serahan wang rasuah akan dilakukan di premis tersebut.

Sebaik tiba, pegawai SPRM telah menahan seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Tindakan ini telah menyebabkan salah faham antara pegawai polis dan pegawai SPRM.

Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM telah diarah supaya meninggalkan premis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan satu laporan polis juga telah dibuat, pada 24 Jun 2015.

Pengurusan SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Pengurusan Polis Diraja Malaysia berhubung isu ini.

Bagi saya sebagai suruhanjaya pencegahan rasuah, SPRM profesional dengan menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional. Seharusnya pihak polis perlu memberikan kerjasama penuh dalam memerangi rasuah dan bukan melindungi pesalah rasuah. Jangan disebabkan "SEEKOR ANAI-ANAI" HABIS SATU TERAS POKOK PDRM TUMBANG MENYEMBAH BUMI.

KAMI BENCI RASUAH
#supportSPRM




MACC, Mara looking at Melbourne property deal before expose
(The Edge, 25 June 2015, pg 4)

By Terence Fernandez & Elizabeth Zachariah

PUTRAJAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Majlis Amanah Rakyat (Mara) have initiated investigations into the latter’s Australian property deal even before Australian newspaper The Age exposed the multimillion ringgit deal.

Mara chairman Tan Sri Annuar Musa said Mara has begun investigations into the purchase of a hostel in Melbourne by one of its subsidiaries two months ago.

Meanwhile, MACC Deputy Chief Commissioner, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull told The Edge Financial Daily that the commission has been on the trail of the Melbourne property deal for a month, and that his officers have travelled to Melbourne to gather evidence on the deal.

However, his stressed that no Malaysians have been questioned yet.

“My officers are now in Melbourne working closely with the Australian authorities. We have no interviewed anyone yet. My officers are coming back this Saturday with documents. Then we will plan future action,” Mohd. Shukri said.

The Age has alleged that three senior Mara executives “overbid” for the Dudley International House, from A$17.8 million to A$22.5 million, with the difference pocketed as bribes.

The paper also reported that Mara paid A$63.5 million to purchase three other properties in Melbourne via shelf companies.

 

Tuesday, 23 June 2015


LAKSANAKAN SYOR SPRM, INTEGRITI BERMULA DARI PIHAK ATASAN

AWASI pengkhianat di sempadan

UTUSAN MALAYSIA 23 JUN 2015
Muka Surat 10
ZULKIFLEE BAKAR  |  23 Jun 2015 12:40 AM

MEMUALKAN! Mungkin itulah perkataan paling sesuai apabila kita memperkatakan berhubung sempadan ne­gara begitu mudah dibolosi aki­bat pengkhianatan melalui ama­lan rasuah yang dilakukan oleh segelintir anggota agensi penguat kuasa.

Apabila menyebut rasuah maka kita dengan mudah menuding jari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Memang benar agensi itu bertanggungjawab membanteras rasuah tetapi bagaimana pula dengan tanggungjawab ketua-ketua jabatan yang sepatutnya memastikan kakitangan di bawah mereka bersih daripada amalan rasuah?

Pernahkah ketua-ketua jabatan bertanya adakah sesuatu syor yang dibuat oleh SPRM kepada mereka dipatuhi, diikuti atau dilaksanakan? Contohnya, kes rasuah melibatkan segelintir anggota agensi penguat kuasa di sempadan, adakah ketua-ketua jabatan benar-benar berusaha untuk memastikan gejala itu tidak terus berlaku?

Kalau benar mereka sudah melakukan sesuatu terutamanya bekerjasama rapat dengan SPRM sudah pasti gejala jahat itu tidak berterusan sehingga dua dekad. Sebenarnya, terdapat satu sindrom dalam kalangan ketua-ketua jabatan iaitu terlalu mahu menjaga imej jabatan mereka justeru kes-kes penyelewengan banyak didiamkan begitu sahaja.

Rasuah tidak kira sekecil mana pun tetap rasuah dan ia ibarat virus barah yang lama kelamaan boleh melumpuhkan seluruh sistem badan. Atas sebab itulah perlu ada ketelusan dalam kalangan ketua-ketua jabatan untuk memastikan orang bawahan mereka bukan sahaja bersih tetapi perlu dilihat bersih.

Tetapi malangnya seperti mana kata satu sumber kepada penulis, dalam banyak kes mereka yang bertaraf ‘kepala’ sendiri terlibat, bagaikan seekor ikan kalau kepala sudah busuk maka busuklah ikan itu.

Begitulah juga dengan ketua-ketua yang tidak bersih ini, ia menjadi ikutan kepada orang bawahan mereka sehingga akhirnya gejala rasuah bukanlah lagi dianggap sesuatu yang menjijikkan tetapi lubuk untuk hidup mewah dengan menjamah wang haram.

Oleh itu, sudah tiba masanya pembasmian rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa dilakukan habis-habisan. Usaha ini hanya akan berjaya kalau ketua-ketua jabatan benar-benar ikhlas untuk mengepalai satu agensi yang bersih.

Dalam berhadapan isu ini, penulis difahamkan SPRM sudah pun menyediakan langkah penambahbaikan bagi memulihkan integriti agensi-agensi penguat kuasa supaya tidak wujud dalam kalangan anggotanya menjadi pengkhianat kepada tanah air sendiri.

Mungkin istilah pengkhianat itu nampak kasar tetapi istilah apa lagi yang paling sesuai untuk menggambarkan sikap sekelompok manusia yang diberikan amanah menjaga sempadan negara mengkhianatinya. Ini bukan soal jumlah yang diambil sama ada RM20, RM200 atau RM40, 000, rasuah tetap rasuah yang akan mendedahkan negara dalam bahaya.

Perbuatan menerima rasuah di sempadan adalah perbuatan bahaya kerana akan memberi laluan mudah kepada sindiket untuk menjalankan aktiviti mereka. Kelompok itu tidak akan pernah berasa gerun dengan undang-undang negara ini kerana mereka memahami orang yang diberi tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang itu boleh dibeli waima dengan nilai RM20 sekalipun. Itulah maruah segelintir anggota agensi penguat kuasa kita.

Dalam satu pertemuan dengan penulis sumber SPRM memberitahu, punca yang dikenalpasti menyebabkan sempadan negara mudah dibolosi ialah;

* Sikap tamak dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa bagi meraih keuntungan peribadi hingga sanggup menggadai maruah diri serta kedaulatan negara.

* Kelemahan sistem dan prosedur jadual penggiliran bertugas.

* Kurangnya pemantauan secara berkala dan berterusan oleh pihak atasan ke atas pegawai dan anggota bawahan.

* Amalan rasuah menjadi budaya, apabila orang lama mengajar atau mengarahkan orang baru melakukan perbuatan terkutuk itu.

* Sikap ingin gaya hidup mewah tanpa mengambil kira kemampuan.

Berdasarkan senario itu, SPRM juga difahamkan telah menggariskan beberapa penambahbaikan iaitu;

* Pemantauan berkala dan berterusan oleh ketua jabatan bagi memastikan tidak wujud peluang dan ruang perlakuan tidak berintegriti dalam kalangan pegawai dan anggota bawahan.

* Pemasangan CCTV yang lebih banyak di sempadan bagi memantau gerak geri anggota penguat kuasa.

* Mewajibkan dijalankan integrity testing ke atas sistem penguatkuasaan bagi memastikan setiap peraturan dipatuhi oleh anggota mereka.

* Membuat penambahbaikan ke atas sistem dan prosedur yang sudah tidak relevan.

* Memantau gaya hidup pegawai dan anggota penguat kuasa.

Sememangnya punca sudah dikenalpasti dan penambahbaikan sudah dikemukakan. Persoalannya sejauh manakah ketelusan ketua-ketua jabatan bagi menangani permasalahan yang berlaku?

Janganlah mengamalkan sikap toleransi tidak bertempat sehingga menyebabkan rasuah ibarat api dalam sekam yang kesudahannya akan memusnahkan negara ini. Oleh itu, kepada ketua-ketua jabatan bertindak jujurlah, buanglah sikap lepas tangan kalau benar mereka mahu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara.


 

Monday, 22 June 2015

PENGUAT KUASA KHIANAT
AMALAN RASUAH JADI PUNCA SEMPADAN MUDAH DIBOLOSI
 
MUKADIMAH Seperti diduga oleh banyak pihak gejala rasuah yang berpunca daripada perbuatan khianat segelintir anggota penguat kuasa menyebabkan sempadan negara kita mudah dibolosi. Persoalannya, bagaimanakah rasuah itu dilakukan dan siapa yang terlibat?

Dalam BAHAGIAN KEDUA laporan khas ini, wartawan Utusan Malaysia, ILAH HAFIZ AZIZ, NORAZRIN MARZUKI, MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR dan LILIS SURIANI OMAR mendedahkan pula modus operandi sindiket dalam memastikan segelintir anggota penguat kuasa ‘berada dalam genggaman’ mereka. Turut didedahkan bagaimana segelintir anggota penguat kuasa menerima suapan dalam bentuk harian dan bulanan sehingga memungkinkan sempadan kita ibarat ‘laluan’ untuk kegiatan penyeludupan.

 
Penguat kuasa Rasuah duri dalam daging

KUALA LUMPUR 21 Jun -  Sikap khianat segelintir anggota agensi penguat kuasa terus menjadi `duri dalam daging sehingga mengakibatkan sempadan negara begitu mudah dibolosi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Apa yang membimbangkan biarpun gejala itu sudah berlanjutan sejak dua dekad lalu namun sehingga kini amalan rasuah didakwa terus berlaku di sempadan negara.

Sumber memberitahu, meskipun penambahbaikan serta cadangan demi cadangan yang komprehensif diberikan, namun sistem perjalanan kerja yang dilakukan penguat kuasa di sempadan masih berada di takuk lama sehingga mengakibatkan kegiatan rasuah menjadi budaya dalam kalangan mereka.

“Kelemahan itu menjadi faktor utama ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mendapat peluang dan kesempatan untuk membeli penguat kuasa dengan wang ringgit.

“Lebih menyedihkan, dengan hanya suapan serendah RM20 ringgit sahaja, pintu masuk di sempadan negara terus dicabuli dengan pelbagai kegiatan penyeludupan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada negara,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelemahan itu juga dakwa sumber itu, diketahui pegawai atasan atau ketua-ketua jabatan yang menyelia sistem kerja penguat kuasa namun sehingga kini tiada sebarang tindakan drastik diambil sejak bertahun lamanya.

Sumber berkata, pegawai atasan mengambil mudah tentang perjalanan kerja anggota mereka sehingga sanggup menutup sebelah mata meskipun mengesan atau mengetahui berlakunya kejadian rasuah.

“Ketirisan di sempadan ini bukan benda setahun dua berlaku sebaliknya telah berpuluh-puluh tahun dan hampir mencecah lebih dua dekad lamanya.

“Perkara ini berpunca akibat pegawai atasan yang tidak memberi perhatian terhadap cara kerja anak buah mereka. Antara yang dikesan adalah kurangnya pemantauan secara berkala serta tidak turun padang untuk menyelia sendiri setiap aturan kerja penguat kuasa.

“Malah apabila terdapatnya laporan salah laku, tiada tindakan drastik dilakukan dan pegawai yang melakukan kesalahan rasuah masih dibiarkan berkhidmat di lokasi sama, Tindakan itu seolah-olah mereka tutup sebelah mata dan tidak ambil peduli,” katanya.

Utusan Malaysia turut difahamkan, operasi yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sempadan utara negara baru-baru ini adalah disebabkan permasalahan ini, yang membelenggu agensi-agensi penguatkuasaan sejak sekian lama di seluruh negara.

“Walaupun laporan secara dalaman telah diberikan namun tiada tindakan drastik dilaksanakan malah sempadan negara terus diceroboh ekoran sikap tidak berintegriti sebilangan penguat kuasa.

“Walaupun jumlah tangkapan sekadar sekitar 40 penguat kuasa sahaja namun bilangan itu dilihat tinggi memandangkan isu ini melibatkan isu keselamatan negara,’’ kata sumber itu lagi.


 

Gaya hidup mewah penguat kuasa

KUALA LUMPUR 21 Jun – Gaji dan elaun yang diterima seorang pegawai penguat kuasa di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah ini hanyalah sekitar lebih RM4,000 sahaja, tetapi gaya hidup yang diamalkannya sangat mengujakan.

Bukan hanya berkereta mewah jenis pacuan empat roda tetapi turut memiliki beberapa lagi kenderaan baharu. Dia juga mempunyai rumah besar di kampung malah ke luar negara untuk bercuti bersama isteri dan anak pada setiap tahun.

Jika dihitung, jumlah pendapatan yang diperoleh pegawai kerajaan ini tidak mampu menampung gaya hidup mewah keluarganya dan itu menimbulkan persoalan terhadap sumber kekayaan ’luar biasanya’

Namun apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ‘campur tangan’, didapati gaya hidup si penguat kuasa ini rupanya-rupanya adalah hasil keuntungan sewaktu berkhidmat di sempadan negara.

Menurut satu sumber SPRM, hasil siasatan mendapati, si penguat kuasa ini memperoleh sumber pendapatan sampingan apabila bekerjasama rapat dengan penyeludup barangan di sempadan.

“Gaya hidup mewah penguat kuasa ini adalah salah satu daripada senario yang berlaku dalam kalangan penguat kuasa sempadan yang mengamalkan korupsi ketika menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Dalam satu transaksi yang disiasat SPRM, penguat kuasa ini memperoleh ‘wang ekstra’ sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan daripada satu kumpulan penyeludup di sempadan.

“Bayaran itu diberikan secara konsisten pada setiap bulan kepada penguat kuasa supaya menutup mata ketika aktiviti penyeludupan barangan terkawal dan bersubsidi berlaku di sempadan. Kita juga percaya bukan hanya satu transaksi rasuah yang dikutipnya setiap bulan,” kata sumber, ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, sumber berkata, siasatan turut menunjukkan ada dalam kalangan penguat kuasa datang mengutip sendiri wang tersebut di lokasi yang ditetapkan penyeludup.

“Bayaran itu juga tidak termasuk ‘kutipan tol’ yang diperoleh penguat kuasa ketika melakukan semakan terhadap kenderaan yang keluar masuk ke dalam negara,” katanya.

Menyentuh tentang soal gaji yang kecil dalam kalangan penguat kuasa di sempadan sehingga menyebabkan berlakunya aktiviti rasuah, sumber SPRM mendedahkan, pendapatan sah yang diperoleh setiap bulan adalah mencukupi.

“Gaji kakitangan kerajaan adalah cukup dan sesetengahnya jauh lebih besar berbanding kakitangan swasta kerana mereka dibekalkan dengan pelbagai elaun sara diri,” katanya.


 

Dua kaedah rasuah berlaku di sempadan

KUALA LUMPUR 21 Jun – Dua kaedah rasuah dalam kalangan penguat kuasa dikesan berlaku di sempadan tanah air sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Kaedah yang dikesan itu adalah rasuah melalui kutipan bulanan (berskala besar) dan rasuah secara kutipan tol (by chance).

Menurut sumber, kaedah kutipan bulanan dikesan melibatkan nilai suapan lebih tinggi dan boleh mencecah sehingga RM40,000 sebulan, manakala kaedah kutipan tol, biasanya penguat kuasa akan mengutip wang habuan antara RM200 hingga RM1,000 seorang sehari.

Sumber berkata, kaedah kutipan bulanan yang diperolehi akan disimpan di dalam satu tabung khas dan kemudiannya dibahagi-bahagikan sesama penguat kuasa pada setiap hujung bulan.

“Jika kutipan wang melibatkan jumlah yang lebih besar, kebiasaannya dilakukan sendiri oleh ketua-ketua jabatan yang menyalahguna kuasa. Mereka akan pergi sendiri ke lokasi rahsia barangan penyeludupan disimpan untuk mengutip ‘hasil’ yang dijanjikan kepada mereka.

“Rata-rata pegawai dan anggota bawahan juga telah sedia maklum mengenai sistem kutipan tersebut dan disebabkan itu tabung khas kutipan rasuah diwujudkan dalam kalangan mereka.

“Setiap hujung bulan, ketua-ketua jabatan akan mengagihkan bahagian masing-masing. Wang yang diagihkan biasanya mengikut ranking pangkat,” kata sumber.

Sementara itu, rasuah mengikut kaedah kutipan tol biasanya dikutip oleh penguat kuasa tamak yang merasakan wang suapan yang diterima pada setiap bulanan tidak mencukupi.

Katanya, penyeludup yang mahu melancarkan proses perjalanan mereka tiada pilihan kecuali memberi wang suapan itu kepada penguat kuasa terbabit.

“Rasuah yang berlaku di sempadan ketika ini memang benar-benar memasuki fasa serius kerana bukan sahaja penguat kuasa rakus mengambil rasuah daripada sindiket penyeludupan malah, turut meminta-minta daripada warga asing yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Melalui maklumat pasukan perisik, turut wujud situasi si pelaku dengan sengaja menahan kenderaan dan mengugut mengatakan kononnya mangsa melakukan kesalahan yang memerlukan dia dibawa ke balai polis.

“Mangsa yang tiada pilihan kerana takut dan bimbang disiasat terpaksa menghulurkan sejumlah wang supaya tidak diambil tindakan,” kata sumber itu.

Tambah sumber, hakikatnya demikian situasi yang berlaku di sempadan apabila harga sempadan kita seolah-olah tiada nilai sehingga mudahnya ‘dirogol’ oleh penjenayah akibat sikap tamak penguat kuasa.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-kaedah-rasuah-berlaku-di-sempadan-1.105844#sthash.CoHb5Zwn.dpuf

Sunday, 21 June 2015


MALAYSIA "CHAMPION CORRUPTION" ???

We need to fight the corruption together. Don’t politicise corruption for political mileage.

It is time for politicians to educate the people. Not make them confused with old stories.

Recently, many parties have been raising issues pertaining to corruption and invariably repeating a news carried by the international media – alleging Malaysia was “champion in corruption”.

The report was first published in December 2012, four months before the 13th general election.

Then, the report was circulated via social media last year and again March this year.

Unfortunately, the same report was picked by certain politicians and leaders. The latest was by Sabah assemblyman, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

In his view, he was quoted as saying corruption was so bad in Malaysia that a leading US newspaper reported that Malaysia was the world champion in corruption and he stressed that corruption must be eradicated.

Yes! I agree with what Kitingan said – that corruption must be eradicated. It is unfair for the leaders to repeat the same story. They should aware the efforts have been taken to eradicate corruption in Malaysia.

The same issue was raised by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad during a press conference in March where he picked the statement circulated by Wall Street Journal and The Washington Post in December 2012.

He repeated the same point several times since then.

The bias statement has brought a negative perception to Malaysia as well as Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the people.

I do agree that corruption is still an unsolved problem in our country but to repeat constantly that we are champion in corruption is certainly not something to be proud of.

Are we the champion of corruption? Is Malaysia the champion of corruption? For sure the answer is no! Kids could tell us the definition of champion. Unfortunately, adults cannot see the difference.

Since 2012, we are witnessing a lot of changes and improvements as results of various initiatives in combatting corruption in Malaysia.

Malaysia stands at No. 50 in the Corruption Perception Index in 2014 globally and this shows the MACC and government’s commitments in ensuring Malaysia achieves its target of top 30 countries in the CPI report by 2020.

Besides that, Malaysia’s economic freedom score is 70.8, making its economy the 31st freest in the 2015 index and the index also proves that we had risen to the “mostly free” category since 2011.

The analysis by Asian Intelligence report in Asia, United States and Australia revealed perception score towards Malaysia has improved since 2006. Malaysia’s score in 2006 was 6.13 and improved to 4.96 this year.

There are ample studies and analyses done on corruption in Malaysia over the years and the positive results are evidence that Malaysia has been improving and serious about eradicating graft.

A study by the Bribe Payers Index 2011 also showed Malaysia’s score is 7.6, making us on a par with Hong Kong, a country frequently taken as an example in terms of freedom and high performance in fighting corruption.

To explain further, Global Competitiveness Index 2014-2015 had showed Malaysia was at No. 20 from 144 countries measured after the government implemented changes in 2009.

The report also stated “in a region plagued by corruption and red tape, Malaysia stands out as one of the very few countries that have been relatively successful at tackling the issue, as part of its economic and government transformation programme”.

The co-founder of Transparency International, Michael Herhsman, also said that Malaysia has taken a holistic approach to combat corruption and the data shows the country has made progress.

I am not denying that corruption do not exist in Malaysia. However, strongly believe that the people of all segments should appreciate the efforts taken by the government in combatting corruption.

Tuesday, 16 June 2015

DATIN YASMIN: CORRUPTION MUST GO
 
Recently very much to my attention, many parties have been raising issues pertaining to corruption and invariably repeating an old news carried by International media alleging Malaysia was corruption champion.

The latest was by Bingkor Assemblyman Jeffrey Kitingan in an article published in Free Malaysia Today’s news portal titling “Electing Prime Minister not enough – Corruption Must Go’.

In the article he was quoted saying Corruption was so bad in Malaysia that a leading US newspaper reported that Malaysia was the world champion in corruption and he stressed that corruption must go.

Yes! I agree with what YB that corruption must go but it is unfair for him to repeat the same redundant statement without explaining the current state of corruption in the country to the rakyat.

As an assemblymen elected by the people, it is his duty to explain instead of just making an impractical allegations on corruption without gathering appropriate and latest facts.

The same issue was raised by our former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad during a press conference in March where he picked the statement circulated by Wall Street Journal and The Washington Post in December 2012.

The bias statement has brought a negative perception to Malaysia as well as Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

I do agree that corruption is still an unsolved problem in our country but to constantly repeating that we was a corruption champion is certainly not something to be proud of by our leaders especially.

Malaysia had laddered to 50th place in the Corruption Perception Index in 2014 globally, this shows the government’s commitment in ensuring Malaysia to achieve its target to reach among top 30 countries in the CPI report by 2020.

Besides that, Malaysia’s economic freedom score is 70.8, making its economy the 31st freest in the 2015 index and the index also proved that we had risen to the ‘mostly free’ category since 2011.

The analysis by Asian Intelligence report done in Asia, United States and Australia revealed perception score towards Malaysia had improve since 2006. Malaysia score in 2006 was 6.13 and has improved by 4.96 this year.

There are ample of studies and analysis have been done on Corruption in Malaysia over the years and the positive results is an evidence that Malaysia have been improving and serious in their effort to eradicate graft.

A study by the Bribe Payers Index 2011 also showed Malaysia’s score is 7.6, making us on a par with Hong Kong, a country that frequently taken as an example in terms of freedom and high performance in fighting corruption.

To explain further, Global Competitiveness Index 2014-2015 had showed Malaysia had laddered to level 20 from 144 countries measured after the government implemented diversified changes in 2009.

It also stated ‘In a region plagued by corruption and red tape, Malaysia stands out as one of the very few countries that have been relatively succefull at tackling the issue, as part of its economic and government Transformation Programme.’

The co-founder of Tranparency-International Michael Herhsman recently has also said that has taken a holistic approach to combat corruption and has all the required resources to combat corruption.

Hersman also stressed that the government can’t stop the corruption without the help of the people. The people must be willing to say no when it comes to bribery and reports attempt of bribery.

I am not denying that corruption do not exist in our country but I believe the government have been doing everything possible to overcome the issue and lets not keep on repeating the same old story.

Datin Yasmin Yusman Yumisran

Political Analysts, Kuching, Sarawak

Monday, 15 June 2015

Tiada Kes dirujuk kepada SPRM
41 Syor Dikemukakan Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2 

KUALA LUMPUR 15 Jun (Bernama) -- Sebanyak 241 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 90 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 56 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 95 syor kepada Kerajaan negeri.

"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil, alam sekitar dan pengurusan syarikat," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata dalam Laporan Siri 2 itu, sebanyak 57 pengauditan prestasi dan 18 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

Ambrin berkata Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Setiap tahun, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi yang bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program/aktiviti dan projek itu telah tercapai.

Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa berlakunya pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang telah dibuat.

Kandungan dan sinopsis laporan siri 2 itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 telah dibentangkan di Parlimen pada 6 April lepas.

-- BERNAMA



Saturday, 13 June 2015

Cadangan SPRM wajar,

Demi masa depan bangsa Melayu dan bumiputra


SEMALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah mencadangkan undang-undang sabotaj ekonomi diperkenalkan. Keperluan undang-undang tersebut adalah untuk mencegah orang Melayu menjual kontrak yang diberikan kepadanya seperti Permit Import (AP) atau konsesi balak.

Cadangan SPRM agar kerajaan menggubal akta bagi menghalang aktiviti penjualan tender oleh kontraktor Melayu dan Bumiputera kepada pihak ketiga adalah wajar berikutan timbulnya pelbagai isu seperti  subkontraktor yang gagal membayar sebahagian keuntungan kepada kontraktor asal yang mendapat tender. Sistem subkontraktor ini memang banyak digunakan oleh mana-mana kontraktor pada hari ini, tetapi perlu bersyarat yang mana pihak ketiga diwajibkan layak menjalankan projek tersebut termasuklah mendaftar secara sah di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Jika tidak dibendung, tindakan kontraktor tersebut yang dilabel sebagai musuh negara akan turut menjadi penghalang kepada peluang generasi muda khusunya bangsa melayu dan bumiputera yang berminat atau mahu belajar dalam bidang berkenaan. Sudah sampai masanya anak Melayu yang merosakkan nama bangsanya dengan menjual 100 peratus kontrak yang diberikan perlu dihukum di bawah undang-undang ini. Sekiranya seorang anak Melayu betul-betul menjalankan konsesi balak, maka akan terbinalah kilang papan orang Melayu serta akan lahir kilang perabot milik orang Melayu. Malangnya anak Melayu yang mendapat konsesi balak lebih suka menerima rasuah dan menyerahkan projek itu kepada pihak ketiga dan hanya memikirkan keuntungan dalam masa yang singkat semata-mata.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, undang-undang khas wajar diwujudkan kerana yang sedia ada tidak begitu spesifik terhadap perbuatan yang merosakkan ekonomi. Malaysia memerlukan satu mekanisme yang boleh membuktikan dengan mudah kesalahan-kesalahan memanipulasikan ekonomi bukan sahaja rasuah, malah sabotaj ekonomi yang tertumpu pada bentuk saham dan juga aliran keluar masuk wang tanpa kebenaran bank negara.

Hari ini, laporan di Utusan Malaysia Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat, integriti golongan yang terlibat dalam kesalahan memanipulasikan ekonomi juga perlu diperbetulkan kerana ini berpunca daripada sikap dan niat. Orang Melayu berjaya perlu berpegang teguh kepada agama serta mendedahkan diri kepada amalan-amalan murni yang dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat seperti ini.


Cadanagn SPRM menubuhkan undang-undang sabotaj ekonomi bagi menghalang aktiviti penjualan tender oleh kontraktor bumiputera kepada pihak ketiga wajar disokong semua pihak. Tindakan menjual tender perlu dijadikan satu kesalahan jenayah memandangkan perbuatan tersebut menyebabkan dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi bumiputera gagal dicapai. Akhirnya siapa yang rugi? Bangsa Melayu itu sendiri. Sama-samalah kita fikrkan.

Friday, 12 June 2015

SPRM hanya minta kerjasama Rosli Dahlan, tidak pernah bertindak kasar
KUALA LUMPUR: Walaupun peguam plaintif cuba menimbulkan soal tidak konsisten dalam keterangan, saksi-saksi pihak defendan berpegang dengan pendirian mereka sama sekali tidak menggunakan kekerasan ketika menahan peguam Rosli Dahlan di pejabat dia pada Oktober 2007.

Dalam keterangan semalam, Datuk Azam Baki dan Datuk Sok One a/l Esen menegaskan bahawa kedua-dua mereka telah pergi ke pejabat Rosli untuk membantu urusan penahanan peguam itu, tetapi tidak terlibat menahan dia atau menaikkan suara ketika penahanan.

Rosli ditahan di pejabat beliau di Tingkat 17, Menara Asia Life Assurance, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur oleh pegawai-pegawai BPR ketika itu. [BPR dinaikkan taraf sebagai SPRM pada 2009].

Rosli mengemukakan saman ke atas pegawai-pegawai BPR dan kerajaan.

Azam, pegawai yang mengarahkan penahanan Rosli bertegas dengan pendirian ketika disoal balas oleh peguam plaintif pada hari keempat saksi-saksi defendan memberi keterangan.

Menurut Azam, beliau hanya meminta Rosli agar bekerjasama dengan pegawai-pegawai yang ditugaskan dan tidak pernah mengeluarkan arahan agar melutut dan agar dia digari.

“Saya tidak menaikkan suara atau menengking dia. Saya hanya meminta dia beri kerjasama dengan pegawai (saya),” kata Azam.

Azam kini merupakan Pengarah Perisikan SPRM.

Menjawab soalan peguam plaintif Chettan Jetwani yang mendakwa Azam dan timbalannya Sok One menyerbu masuk ke pejabat Rosli di mana tiga pegawai lain menahan Rosli lalu menengking, Azam berkata, beliau tidak bersetuju dengan andaian itu.

Azam menjelaskan bahawa Rosli enggan beri kerjasama apabila diminta bekerjasama dengan pegawai-pegawai BPR ketika itu.

Azam juga berkata, beliau ada memaklumkan Rosli bahawa tangannya kemungkinan cedera sekiranya bergelut apabila digari.

“Saya telah memberitahu dia awal-awal, jika bergelut, kemungkinan akan tercedera,” katanya.

Bagaimanapun menurut Azam, gari Rosli dikeluarkan apabila dia bersetuju untuk bekerjasama dan meminta agar dibenar menghubungi isterinya.

Azam berkata pihaknya tiba di pejabat Rosli untuk menyempurnakan tugas menahan dia.

Dalam pada itu, Sok One ketika memberi keterangan memberitahu bahawa Rosli menggunakan kata-kata kesat ketika mereka tiba di pejabatnya pada hari kejadian.

Bagaimanapun beliau enggan menyebut kata-kata kesat yang dikeluarkan sebagai tanda menghormati mahkamah.

Kata Sok One, Rosli memanggilnya sebagai ‘peninju’ Thai dan cuba mengajak dia untuk ‘berlawan’ apabila bertegas menjalankan tugas yang diberikan.

“Ya, saya tegas (dalam menjalankan tugas), tetapi tidak menaikkan suara dan jerit ke arah dia,” kata beliau yang kini merupakan Timbalan Pengarah Perisikan.

Sok One mengakui dia berada berdekatan dengan Rosli ketika penahanan dibuat tetapi tidak membantu dalam urusan penahanan atau menyentuh dia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam ditangguh sehingga 12 Oktober 2015.

Thursday, 11 June 2015


SPRM Yakin Strategi Transformasi Akan Tingkat Keyakinan Masyarakat Ke Atas SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin proses transformasi yang sedang dilaksanakan oleh pihaknya akan menyumbang kepada pencapaian sasaran keberhasilan dalam tiga aspek iaitu pengurusan siasatan yang berkesan, pencegahan dan pendidikan masyarakat yang efektif dan mengekalkan keyakinan berterusan masyarakat ke atas SPRM.

“Melalui transformasi ini, kita membuktikan bahawa kita telah berjaya mencapai siasatan yang berkesan, telus dan bebas.

“Kita percaya setiap usaha transformasi SPRM ini mampu meraih keyakinan dan kepercayaan masyarakat,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Dato' Sri Zakaria Jaffar, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Pejabat SPRM Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching.

Tambah beliau, perkembangan ini sebagai satu anjakan baru dalam perjalanan SPRM berkhidmat dengan lebih efektif dengan memiliki bangunan sendiri sejak Ogos 2014.

“Salah satu matlamat pemilikan bangunan sendiri ialah untuk meningkatkan prestasi dan keberkesanan tindakan SPRM dalam menyelesaikan kes, dengan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan,” kata beliau.

Beliau juga meletakkan keyakinan masyarakat akan menjadi sebagai keutamaan bagi warga kerja SPRM keseluruhannya.

“Kami berharap dengan adanya kemudahan yang lebih selesa dan bertambah baik akan membolehkan warga kerja SPRM menghasilkan standard kerja yang berkualiti tinggi, akan memanfaatkan rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk jangka panjang,” ujar beliau ketika sidang media selepas majlis perasmian.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Sarawak, Dato’ Badrul Shah Norman pula berkata, Kompleks Pejabat SPRM Sarawak ini juga mempunyai tahap kawalan keselamatan yang tinggi, di mana ia dilengkapi kamera CCTV.

“Selaras dengan dasar mesra rakyat, bangunan ini juga mempunyai kemudahan untuk orang kelainan upaya seperti tempat parkir dan bilik air,” tambah beliau.

Kompleks ini terdiri daripada sebuah bangunan tiga tingkat yang mengandungi keperluan selaras dengan transformasi operasi yang telah dan sedang dilaksanakan sebagaimana saranan pihak Pengurusan Tertinggi SPRM, antaranya meliputi sebuah bilik temu bual bervideo (VIR), empat buah bilik rakaman pernyataan, satu bilik kawad cam, dua buah sel lokap serta dua buah Bilik Gerakan Operasi Siasatan (BGOS).

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM, Tan Sri Wilson Baya Dandot; Pengerusi Eksekutif Harwood Timber Sdn Bhd, Tan Sri Bujang Mohd Nor, pegawai-pegawai kanan SPRM serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

 
Pegawai SPRM: Kami tak bertindak kasar, Rosli Dahlan guna kata-kata kesat

KUALA LUMPUR: Salah seorang saksi pasukan defendan menafikan pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menggunakan kekerasan atau bertindak kasar ketika berada di premis Rosli Dahlan untuk menahan beliau pada tahun 2007.

Sebaliknya saksi itu, Augustine S. Manson berkata, pihaknya terpaksa mematuhi dan menggunakan SOP tindakan menahan apbila plaintif enggan bekerjasama ketika hendak ditahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga diberitahu bahawa Rosli, seorang peguam, menggunakan kata-kata kesat ke atas pegawai-pegawai BPR, yang kini dikenali sebagai SPRM, semasa berada di pejabatnya di Tingkat 17, Menara Asia Life Assurance, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur susulan notis penahanan dikeluarkan atas namanya.

Mahkamah Tinggi mendengar keterangan Augustine pada hari Rabu, 10 Jun 2015.

"Dia enggan beri kerjasama dan menggunakan kata-kata kesat ke arah kami apabila kami memberitahu dia mengenai arahan untuk menahannya," katanya.

Kejadian itu berlaku pada 11 Oktober 2007.

Augustine berkata, apabila pegawai yang ditugaskan untuk menahannya, M. Mohan menjelaskan tentang alasan arahan penahanan, Rosli kelihatan agresif dan enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh mereka.

Rosli dikatakan cuba mengelak daripada digari oleh pegawai-pegawai BPR meskipun  dijelaskan tentang sebab dia ditahan di bawah Seksyen 32(2) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Augustine, pegawai yang membantu dalam urusan penahanan Rosli, memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yian.

Rosli memfailkan saman 17 defendan termasuk pegawai kanan SPRM dan kerajaan berikutan penahanan dan pendakwaannya kerana gagal menyatakan maklumat mengenai asetnya.

Perbicaraan disambung esok, 11 Jun 2015.