SPRM GEMPUR CAMERON HIGHLANDS
19
ditahan
Risikan
enam bulan membuahkan hasil, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari
ini menggempur Cameron Highlands. Hasilnya, 19 tauke ladang ditahan kerana
disyaki memberikan rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa. Sogokan itu
bertujuan mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti penerokaan tanah
haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang
asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual.
Pada
minggu ini, Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia telah mendedahkan kebanjiran
warga asing dan masalah pencerobohan tanah di Cameron Highlands sehingga
memusnahkan alam sekitar daerah peranginan itu. Dalam tiga siri laporan khas
terbaharu mulai Ahad lalu, akhbar ini mendedahkan bagaimana keadaan tanah
tinggi itu yang terus diceroboh dan berhadapan dengan masalah warga asing
akibat amalan rasuah.
Sumber
dalaman SPRM memberitahu, kesemua mereka ditahan di Cameron Highlands hari ini
dalam Operasi Sejuk, yang melibatkan transaksi rasuah antara RM127 hingga
RM30,000 dengan jumlah keseluruhan RM163,577. Mereka yang ditahan dibawa dari
Cameron Highlands ke Pejabat SPRM Perak di sini dalam keadaan tangan bergari.
“Kesemua mereka ditahan di sekitar Cameron Highlands oleh pegawai dari ibu
pejabat SPRM dan dibawa ke Pejabat SPRM Perak untuk soal siasat. “Mereka
terdiri daripada pengusaha ladang namun terdapat seorang warga asing dari
Bangladesh yang merupakan tauke ladang.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 17B Akta SPRM kerana memberi rasuah kepada penjawat
awam yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun atau denda lima kali
ganda daripada nilai suapan atau sekurang-kurangnya RM10,000,” kata sumber itu.
Sumber itu menambah, sebahagian besar mereka ditahan di kebun, rumah dan
kawasan sekitar kebun masing-masing di Cameron Highlands. “Tiada laporan mereka
cuba melarikan diri atau hilang sepanjang operasi. Daripada jumlah 19 orang
itu, 17 dibebaskan dengan jaminan RM5,000 seorang manakala dua lagi ditahan,”
katanya.
Menurut
sumber tersebut, operasi itu adalah hasil intipan SPRM selama lebih enam bulan
untuk membuktikan wujudnya sogokan oleh tauke ladang kepada anggota penguat
kuasa di Cameron Highlands. Katanya, intipan juga dilakukan rentetan bencana
alam di tanah tinggi itu pada hujung tahun lalu sehingga Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat kawasan bencana memberi amaran
supaya penguatkuasaan diperketatkan. Namun, katanya, di sebalik amaran
tersebut, penerokaan tanah haram terus berlaku hingga menimbulkan kecurigaan
terhadap ketelusan pihak penguat kuasa. “Hasil daripada risikan bersama SPRM
dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak enam bulan lalu mengesahkan
berlakunya rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang membawa kepada penangkapan
hari ini,” katanya.
#supportSPRM
#PERANGIRASUAHHABISHABISAN
Petikan
Berita:Utusan Malaysia
See
more at:

No comments:
Post a Comment