StatCounter

Thursday, 17 August 2017

SURENDRAN PEGUAM CAP AYAM? TIDAK TAHU BEZA PERATURAN LOKAP DAN PENJARA?


Selepas penahanan Tan Sri Isa Samad oleh SPRM kelmarin, seorang individu yg kononnya bergelar peguam hak asasi, N.Surendran, tiba-tiba berlagak hero mempertikai isu baju lokap dan gari terhadap tahanan SPRM.


Menurut Surendran, tindakan 'MEMAKSA' suspek memakai baju lokap jingga adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan akta mengenai peraturan penjara.

Dengan dangkalnya, Surendran menjelaskan, Peraturan 168 dalam Peraturan Penjara 2000 mewajibkan pihak berkuasa penjara membenarkan banduan yang belum disabit kesalahan untuk memakai pakaian peribadi.


DARI MANA SURENDRAN INI BELAJAR UNDANG-UNDANG? Amat lucu dan sungguh memalukan.

Tahukah dia bahawa peraturan tersebut TIDAK TERPAKAI kepada tahanan yang sedang disiasat SPRM. 

Sebenarnya, ada lagi satu peruntukan undang-undang yang digunapakai terhadap tahanan yang disiasat SPRM ini iaitu mengikut Kaedah-Kaedah Lokap 1953.

Peraturan 168 yang dicanang oleh Surendran itu HANYA DIGUNAPAKAI KEPADA ORANG YANG BELUM DIDAPATI BERSALAH TETAPI PERLU DITAHAN DI PENJARA, BUKAN DI LOKAP.

Misalnya mereka yang gagal membayar jamin selepas dituduh di mahkamah dan menunggu sebutan semula kes, atau mereka yang disyaki melakukan kesalahan berat yang tidak boleh dijamin seperti jenayah bunuh.

Jadi dalam keadaan manakah SPRM tidak boleh memakaikan tahanannya dengan baju jingga? Malah jika mengikut Kaedah-kaedah Lokap, orang yang sedang disiasat ini boleh dihukum sekiranya enggan memakai pakaian yang disediakan kerana telah melanggar disiplin.

Nampak gayanya, Surendran ini sudah berkecamuk fikirannya kerana terlalu GHAIRAH hendak mempolitik semua perkara. Begitulah jadinya.

Penulis juga MENCABAR Surendran supaya mengemukakan mana-mana peraturan undang-undang yang secara jelas menyatakan situasi atau keadaan mewajibkan atau tidak mewajibkan suspek digari.

Manalah tahu, satu hari nanti SURENDRAN PULA PAKAI BAJU JINGGA, jadi cepatlah SPRM buat keputusan hendak gari atau sebaliknya?

Sunday, 13 August 2017

PANAS!!! SOLIDARITI UNTUK SPRM BUKAN UNTUK PERASUAH LAKNAT!


Seperti yang dijanjikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, akan lebih ramai ditahan dan didakwa pada bulan Ogos dan September, ia terus menjadi kenyataan.

Terbaharu, EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, YB Phee Boon Poh atau lebih dikenali sebagai ‘MR. SO WHAT’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa.


Ini ekoran serbuan SPRM ke atas sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu yang 'KEBAL' kerana tidak pernah diambil tindakan walaupun menyebabkan pencemaran serius.


Sebelum ini puluhan laporan penduduk termasuk oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin telah dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab. Dalam reaksi semalam, YB Dr. Norlela dan para penduduk mengucapkan terima kasih kepada SPRM atas tindakan itu.

Ternyata yang menyelamatkan penduduk sekitar daripada ancaman pencemaran serius adalah SPRM, bukannya Kerajaan Pulau Pinang.

Tidak sampai seminggu selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan barisan exco turut melafaz ikrar, terdedah satu lagi kes dipercayai salah guna kuasa dan rasuah. Selain Guan Eng yang didakwa atas pertuduhan rasuah di mahkamah (tetapi enggan bercuti dan melepaskan jawatan), Boon Poh pula terpalit.

APA MAKNANYA MELAFAZ IKRAR IBR jika ia tidak mencerminkan hakikat sebenar? Integriti bukan sekadar di bibir tetapi pada amalan.

Agak-agaknya siapa lagi terbabit dalam kes kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam itu selain Boon Poh dan pemilik kilang serta anaknya.

Perkembangan baharu ini merupakan satu lagi tamparan kepada kerajaan negeri yang kini dilanda pelbagai kepincangan terutama berkaitan beberapa projek mega.

Pentadbiran Guan Eng kini makin panas dilingkari isu integriti.

Sebab itu, beliau melatah mempertahankan Boon Poh dengan alasan kononnya dia exco paling kaya, membuka persoalan dari mana datang kekayaannya.

Mungkin tidak terbayang Guan Eng sanggup meletakkan dirinya 'BERPERANG' dengan SPRM. Prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dicipta beliau sejak 2008 mahu digambarkan lebih berkesan daripada program SPRM.

Apa yang mahu digambarkan, beliau lebih ke hadapan berbanding SPRM. Tetapi mereka yang sudah biasa dengan Guan Eng, tidak hairan dengan perangai menunjuk-nunjuk dan arogan itu.

Sikap arogan itu semakin terserlah dan sebagaimana orang yang mahu menjadi hero membanteras rasuah dan salah guna kuasa, tindakan Guan Eng membawa penyokong ke bangunan SPRM tempat Boon Poh ditahan dan ke mahkamah semasa proses reman adalah tidak wajar.

PERBUATAN ITU SANGAT BERTENTANGAN DENGAN PENDIRIAN BELIAU, dan kerajaan yang dipimpinnya sendiri. Percanggahan itu sangat jelas.


TIDAK MUNGKIN Guan Eng boleh berbicara mahu membanteras rasuah dan salah guna kuasa tetapi berkumpul membawa sepanduk sebaik sahaja ada ahlinya ditahan SPRM?

TIDAK MUNGKIN Guan Eng berjanji tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah kerana rasuah tetapi pada masa sama percaya exconya itu tidak bersalah.

MENGAPA TIDAK BERLAPANG DADA? JIKA BENAR BAGAI DI­KATA, KOTAKAN SEGAJA PRINSIP DAN IKRAR. Tidak perlulah mengumpulkan kekuatan sehingga ratusan penyokong yang tujuannya untuk menunjukkan solidariti.

Guan Eng semasa mengulas penahanan exconya mahu siasatan dilakukan dengan betul, adil dan saksama tetapi TEKANAN YANG BELIAU LAKUKAN DENGAN BERKUMPUL DI PEJABAT SPRM DAN DI MAKAMAH TIDAK MENGGAMBARKAN KEADAAN SEBENAR.

Tetapi begitulah sikap bercanggah Guan Eng. Sikap dan perangai yang semakin konsisten dan menebal ini tambah mengelirukan rakyat.

APAKAH SEBENARNYA YANG MEREKA PERJUANGKAN?

RAKYAT ATAU KEPENTINGAN SENDIRI?

Benarlah seperti yang dikata banyak orang, orang politik ini semakin tebal hipokrasinya. Mereka seakan-akan berlumba-lumba memuliakan kepura-puraan.

Kepada SPRM, KAMI AMAT MENGHARGAI TINDAKAN YANG TELAH DIBUAT INI. Tindakan demi tindakan SPRM ini jugalah membuktikan slogan SPRM Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah akan sentiasa meniti di bibir rakyat.
  
Selepas ini, dipercayai ada beberapa lagi kes rasuah profil tinggi dalam radar siasatan dan menanti terbongkar.

KITA TUNGGU…SOLIDARITI UNTUK SPRM BUKAN UNTUK PERASUAH LAKNAT!