TIDAK ADIL
MENDAKWA SPRM CUBA TUTUP ISU MARA INC
Berhubung kenyataan
media Ahli Parlimen YB Lim Kit Siang berkenaan dengan isu pembelian hartanah
oleh MARA Inc Sdn Bhd, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan
kenyataan beliau bahawa SPRM telah pun memulakan siasatan sejak enam bulan yang
lalu atau sejak Disember 2014.
Sebaik menerima
maklumat daripada orang ramai pada bulan Mac 2015, SPRM telah memulakan proses
'profiling' ke atas individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam
urusan pembelian hartanah dimaksudkan.
Susulan daripada itu,
SPRM telah menerima kunjungan pihak Polis Australia pada bulan Mei 2015 di mana
kedua-dua pihak SPRM dan Polis Australia telah bertukar-tukar maklumat, dan
memulakan siasatan bersama.
Pada bulan Jun pula,
SPRM telah menghantar beberapa pegawai SPRM ke Melbourne untuk berbincang
dengan polis Australia. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini
pada 23 Jun 2015, beberapa pegawai SPRM sudah pun berada di Melbourne, sebagai
sebahagian daripada kerja siasatan, sebelum isu ini timbul.
Justeru, tidak timbul
isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014.
Beberapa individu
telah pun dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan masih berjalan.
SPRM ingin menegaskan
bahawa SPRM akan menjalankan siasatan ini dengan telus, bebas dan secara
profesional. Semua pihak harus memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM bagi
menjalankan siasatan.
Tidak timbul isu SPRM cuba
menutup kes ini. Malah, tidak adil bagi mana-mana pihak, khususnya ahli politik
membuat andaian kononnya SPRM mahu menutup kes ini.
SPRM juga berharap
semua pihak akan memahami proses kerja SPRM di mana SPRM tidak boleh
mendedahkan hasil siasatan kepada umum bagi mengelakkan kerja siasatan
terganggu.
DATO' SRI MOHD SHUKRI ABDULL
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA
(OPERASI)

No comments:
Post a Comment