POLIS HALANG PEGAWAI SPRM TANGKAP POLIS RASUAH
Apa yang boleh kita katakan??? Bila tugas SPRM dihalang penguatkuasa undang-undang lain. Sampai bila isu rasuah dalam kalangan penguatkuasa tidak akan selesai.
Berhubung maklumat yang disebar luas melalui media sosial, Dato' Rohaizad Yaacob, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan bahawa Pejabat SPRM Selangor telah menghantar pegawainya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada 23 Jun 2015 (Selasa) susulan aduan bahawa satu serahan wang rasuah akan dilakukan di premis tersebut.
Sebaik tiba, pegawai SPRM telah menahan seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Tindakan ini telah menyebabkan salah faham antara pegawai polis dan pegawai SPRM.
Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM telah diarah supaya meninggalkan premis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan satu laporan polis juga telah dibuat, pada 24 Jun 2015.
Pengurusan SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Pengurusan Polis Diraja Malaysia berhubung isu ini.
Bagi saya sebagai suruhanjaya pencegahan rasuah, SPRM profesional dengan menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional. Seharusnya pihak polis perlu memberikan kerjasama penuh dalam memerangi rasuah dan bukan melindungi pesalah rasuah. Jangan disebabkan "SEEKOR ANAI-ANAI" HABIS SATU TERAS POKOK PDRM TUMBANG MENYEMBAH BUMI.
KAMI BENCI RASUAH
#supportSPRM
No comments:
Post a Comment