SPRM MOHON PETUNJUK DAN KEKUATAN HARUNGI WAKTU SUKAR MENYELAMATKAN NEGARA DARI RASUAH
Lebih
100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis
Solat Hajat Perdana yang diadakan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memohon
agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara
daripada gejala rasuah.
Solat
diadakan di bangunan pentadbiran SPRM di sini selepas solat Zohor, dipimpin oleh
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Profesionalisme dan Pengurusan, Datuk
Seri Zakaria Jaffar.
Tazkirah
ringkas dan doa memohon supaya SPRM dapat meneruskan perjuangan membela maruah
agama, bangsa dan tanah air disusuli selepas itu.
Antara
kandungan doa berkenaan ialah: "Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah
kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin.
Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas
kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa."
Zakaria
turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan
masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.
Selain
di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat
hajat.
Sementara
Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban mengambil peluang menyampaikan
amanat dan pesanan kepada pegawai dan kakitangan yang menjadi jemaah solat
hajat.
Selain
itu, SPRM Johor, Melaka dan Terengganu turut diadakan pada Isnin dan Selasa.



No comments:
Post a Comment