Lebih 318 Pakar terkemuka yang
terdiri dari 104 Negara termasuk Malaysia dijangka akan menyertai Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang akan di adakan di Putrajaya mulai 2
September 2015. Persidangan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia ini
dijangka akan disertai pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dari seluruh
dunia yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi
rasuah. Dijangka bilangan peserta akan bertambah menjelang persidangan
September ini.
Persidangan Anti Rasuah
Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang julungkalinya diadakan di Malaysia akan
menyediakan platform holistik kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan
pengalaman mereka dalam memerangi rasuah dengan lebih berkesan.
Malaysia dipilih menjadi tuan
rumah kali ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di rantau Asia Ini juga adalah satu
penghormatan apabila Malaysia dan SPRM dipilih sebagai tuan rumah IACC Ke-16.

No comments:
Post a Comment