Ending Impunity
People. Integrity. Action.
Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Agenda
Plenary
Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan Plenary I
Mengakhiri
kesan buruk: Rakyat. Integriti. Tindakan
Bagaimana
untuk mencetuskan perubahan terhadap rasuah ?
Untuk memenangi perjuangan menentang rasuah dan
menegakkan keadilan sosial sewajarnya rakyat bersatu tenaga dalam memastikan
mereka yang menyalahgunakan kuasa tidak terlepas dari hukuman . Tekanan dari
masyarakat, iltizam politik dan tindakan kolektif telah terbukti menjadi faktor
penyumbang kepada perubahan positif – kesan yang dapat dilihat di mana-mana
negara di dunia - namun risiko dan cabaran bagi mereka yang mengambil pendirian
menentang rasuah tetap ada.
Sesi pembukaan Plenary akan membincangkan bagaimana
masyarakat global harus lebih proaktif membabitkan diri untuk memahami kesan
rasuah kepada rakyat, dan untuk memastikan keselamatan dan keadilan untuk
semua, terutamanya bagi mereka yang tegas menolak rasuah.
Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan Plenary II
Keamanan,
Kesaksamaan dan Keadilan Sosial: Membanteras Rasuah dalam Pembangunan dan
Pelaburan Selepas 2015
Bagaimana membasmi rasuah dalam usaha untuk menamatkan
kemiskinan tegar ?
Rasuah hanya menjadikan yang kaya bertambah kaya
manakala yang miskin lebih miskin; ia bagai bahan api kepada konflik dan
keganasan, memusnahkan alam semula jadi dan akhirnya menyakitkan rakyat yang
memerlukan.
Walaupun faedah dari pelaburan asing secara
langsung membawa kemajuan seperti yang dicapai oleh negara-negara di dalam
kumpulan MDG - rasuah skala besar ,
kemerosotan ketara sumber semula jadi, aliran kewangan haram dan aktiviti pengelakan
cukai – telah menghalang usaha murni mencapai keamanan , kesaksamaan dan
keadilan sosial . Namun, bagaimana untuk memastikan bahawa anti -rasuah dan
ketelusan menjadi pemangkin kepada bantuan asing dan pelaburan secara langsung?
Ahli Panel akan membincangkan mengapa ketelusan,
akauntabiliti dan integriti seharusnya menjadi teras terhadap keselamatan
manusia. Pada sesi ini mereka bakal mengemukakan cadangan ke arah memastikan
pelaburan asing berjalan dengan adil dan telus selain menggariskan usul utama
mencapai Matlamat Pembangunan 2015.
Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan Plenary III
Memastikan
Urus Niaga Bersih dan Menghentikan Aliran Wang Haram
Bagaimana
syarikat-syarikat dan pemimpin mereka boleh menyumbang kepada usaha memerangi
rasuah ?
Sejak akhir-akhir ini, organisasi antarabangsa dan
kerajaan mula mengenali kewujudan dan kesan wang “kotor” dalam sistem kewangan:
aliran keluar wang haram dari negara-negara miskin yang hakikatnya memerlukan
pertolongan dan pelaburan dan rangkaian penjenayah yang tegar membawa wang
keluar masuk melalui kawasan-kawasan perlindungan luar pesisir.
Pada masa
sama, syarikat-syarikat yang dilindungi dan penguasa yang bertindak dalam
kerahsiaan, memudahkan lagi pengelakan cukai secara besar-besaran dan
mengurangkan belanja kewangan negara yang sudah sedia dalam kesulitan. Setiap
elemen ini menjadi penyebab kepada krisis kewangan global.
Sesi ini akan melibatkan panel terdiri dari
pakar-pakar di pelbagai sektor yang secara kritis akan membentangkan situasi
semasa hal ehwal kewangan dunia. Memperinci langkah-langkah yang telah diambil
oleh bank, perniagaan, masyarakat awam dan kerajaan dalam usaha membendung
aliran haram , sesi ini akan memberi perhatian kepada apa yang perlu dilakukan
untuk memastikan wang ‘kotor’ terhapus daripada sistem kewangan global.
Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Dewan Plenary IV
Jangan
Biarkan Mereka Terlepas : Siasatan dan Kebenaran
Rakyat, wartawan dan penyokong dari semua bidang
kini mempunyai akses yang diperlukan untuk mendedahkan jenayah rasuah. Dengan
beberapa ‘klik’, sesiapa sahaja boleh mendedahkan kegiatan rasuah sehingga di
peringkat global; budaya baru berkerjasama membolehkan wartawan penyiasatan
mendedahkan kes rasuah antarabangsa secara sistemik manakala penyokong dari
seluruh dunia semakin menggunakan siasatan gaya kewartawanan untuk mengukuhkan
kerja mereka. Bagaimanapun di sebalik kemajuan ini, atau mungkin kerana
kemajuan ini, risiko bagi orang-orang yang lantang bersuara adalah lebih besar
berbanding sebelum ini. Kerjasama di antara kumpulan-kumpulan ini masih lemah.
Terdapat dua tujuan sesi ini diadakan: Pertama,
mengenal pasti halangan utama yang menyekat
rakyat, wartawan dan penyokong daripada bekerjasama dengan lebih
berkesan dan kedua, menghasilkan cadangan konkrit untuk tindakan masyarakat
global. Menyokong mereka yang bersuara lantang menentang rasuah, sesi ini akan
mengenal pasti tindakan konkrit yang perlu masyarakat global implementasikan
untuk mengubah persekitaran negara dan antarabangsa yang semakin berbahaya
Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16
Penutup
Plenary V
Rasuah: Cara Untuk Menghentikan Rasuah Dari
Merampas Harta Saya dan Anda
Apakah perubahan struktur di peringkat global yang
perlu diambil sekiranya rasuah ingin dihapuskan? Apakah jenis dan tahap
kerjasama di antara sektor dan negara yang masih diperlukan? Bagaimana kita
boleh memastikan persekitaran yang selamat bagi mereka yang berintegriti untuk
mengambil tindakan terhadap rasuah ?
Sesi pleno ini akan menutup dan mengenal pasti sesi
pleno sebelumnya dan menggariskan apa yang perlu diubah untuk menangani cabaran
global yang terbesar sekali : mengakhiri kesan buruk kerana rasuah.

No comments:
Post a Comment