Derma RM 2.6 Bilion siapa akan
siasat?
Kenyataan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana RM 2.6
bilion ke dalam akaun Perdana Menteri tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia
Development Berhad dan dana tersebut disalurkan oleh seorang penderma kepada
Perdana Menteri maka ramailah yang membuat pelbagai tangapan terhadap SPRM.
Mari
kita renungkan semula beberapa petikan kenyataan
tersebut:-
1.
Hasil
siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke
dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah
sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.
2.
Laporan
hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada
Peguam Negara.
3.
Siasatan
berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan
oleh SPRM.
Mari
kita sama-sama berfikir dan bermuahasabah diri sebelum kita salahkan SPRM
kerana telah berjaya suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional tanpa fear
or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat.
Berbalik kepada kenyataan media SPRM bertarikh 3 Ogos 2015 tersebut, langsung tidak dinyatakan SPRM tidak akan siasat berkaitan hasil penemuan dana yag telah didermakan oleh ‘individu’ yang pemurah dan masih lagi menjadi misteri semua masyarakat Malaysia. Jadi siapa yang akan siasat??? Pening lagi kan???
Dalam
kenyataan media tersebut jelas dan bersuluh SPRM telah menyatakan “Laporan
hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada
Peguam Negara”. Tetapi sehingga hari inikenapa dan mengapa Peguam Negara masih
membisu untuk menjelaskan kepada masyarakat apa yang telah dilaporkan SPRM?
Bukalah
minda wahai semua Masyarakat Malaysia beban untuk SPRM dedahkan maklumat
siasatan berkaitan RM2.6 bilion bukan beban SPRM tetapi Peguam Negara harus
memperjelaskan seterang-terangnya kepada raykat.
Jika
kita melihat dari segi peruntukan perundangan Malaysia, SPRM telah menjalankan
tugas mengikut peruntukan yang disediakan dan hasil siasatan juga telah
dimaklumkan kepada Peguam Negara.
Peranan
penting Peguam Negara sekarang adalah untuk menjalankan tugas seterusnya
terutamanya melaksanakan hasil siasatan SPRM dan arahan untuk tindakan
seterusnya SPRM dalam isu ini.
Persoalan
tidak timbul kepada SPRM untuk menjelaskan kepada umum hasil siasatan mereka
kerana pada masa ini Peguam Negara seharusnya bertindak dan SPRM akan bertindak
mengikut peruntukan perundakan dan Akta SPRM 2009 dan terbukti siasatan SPRM
terhadap dana RM2.6bilion tidak terhenti disitu sahaja. Tegas dalam hal ini
SPRM telah membuktikan mereka adalah
sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan
tanpa mengira siapa yang terlibat.
Sekarang
kita perlu mengharapkan siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn Bhd yang
melibatkan dana RM4 bilion. Diharapkan siasatan tersebut tidak aka nada campur
tangan dan gangguan daripada pelbagai pihak. Perkara utama sekarang kita
seharusnya memberikan sokongan dan semangat kepada SPRM dalam menjalankan
siasatan yang bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa
mengira siapa yang terlibat.
Yakinlah
SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur
tangan dalam siasatan yang dijalankan. Sebagai rakyat Malaysia yang demokrasi
juga kita semua janganlah membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan SPRM mengenai
perkara ini selesai.
#supportsprm
#sprmpejuangantirasuah
#sprmbukanpekomplot
#untukmusprm
#solidarityforsprm

No comments:
Post a Comment