MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK MESEJ SPRM
GEMPAR
LAGI!!! Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
mengeluarkan satu Kenyataan Media berhubung hasil siasatan SPRM berkaitan dana
RM 2.6 bilion. Mari kita perhalusi Kenyataan Media tersebut;
PETIKAN KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
BERHUBUNG
HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6
BILION
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan
Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan
dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam
akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja
Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan
dengan kaedah dan tatacara kewangan.
Laporan
hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada
Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa
dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.
Walau
bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4
bilion masih berjalan oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan
dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan
bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh.
Mengenai
siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama
sepenuhnya. SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam
konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah
jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah
Suruhanjaya yang bebas.
Tanggungjawab
SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya
bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.
Sebagai
Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan
bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang
terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau
campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.
SPRM
menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan
mengenai perkara ini selesai.
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015
Dalam
Kenyataan Media tersebut apa yang kita fahami dan mengerti serta bermain-main
difikiran kita?
Wartawan
Veteran Datuk A. Kadir Jasin melalui blognya semalam yang membawakan isu Donations:
Why Does It Take So Long to Say So? http://kadirjasin.blogspot.com/2015/08/donations-why-does-it-take-so-long-to.html telah memberikan perumpamaan
seperti berikut:
“Saya pun dengar cerita seribu satu
malam daripada Ali Baba Bujang Lapok yang kata, ada seorang saudagar yang
sangat kaya yang ada ribu-ribu unta dan tikar terbang dari negeri Autastan,
jiran Tipustan, bagi sadakah bilion-bilion dirham kepada DS Najib. Masya-Allah,
banyaknya duit Sheikh unta itu. Alhamdulillah murahnya rezeki DS Najib.
Shukran!”
[I had also heard the story of 1001
nights from Ali Baba Bujang Lapok, saying that there was a very rich trader
with thousands of camels and a magic carpet from the nation of Autastan,
neighbouring Tipustan, had presented DS Najib billions of dirhams of sadakah (alms).
Masya-Allah, so wealthy is the Sheikh. Alhamdulillah, so bountiful is DB
Najib’s rezeki. Shukran.]
Datuk
A. Kadir Jasin melalui blognya juga menyatakan;
1. Who
are these donors and why did it take such a long time for the MACC and the 1MDB
Taskforce to discover that the US$700 million was from donations?
2. If
the unaccounted 1MDB money or debts did not go to the Prime Minister’s private
account, why did it go?
3. Many
more questions about 1MDB's modus operandi and dealings remain unanswered.
4. If
the money in the Prime Minister’s account/s was not from 1MDB, why didn’t Jho
Low say so or why did people linked to the account/s had to run away from the
country?
Satu
lagi, cuba kita buat sedikit kajian terdahulu, beberapa kenyataan yang telah
dikeluarkan oleh beberapa individu termasuklah Bekas Timblan Menteri Kewangan,
Datuk Ahmad Maslan. Ahmad Maslan Nafi Dakwaan Muhyiddin Wang 1MDB Dimasukkan Ke Akaun Najib http://www.siakapkeli.my/2015/07/ahmad-maslan-nafi-dakwaan-muhyiddin.html
Jadi
apa kaitan Kenyataan Media SPRM dengan Kenyataan
Datuk Kadir Jasin? dan Kenyataan Ahmad Maslan ini?
Senang
sahaja. Apa yang perlu masyarakat Malaysia berikan tumpuan adalah kepada 3
perkara ini:
1. Kenyataan
Media SPRM Perengan Kedua:-
- Laporan
hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada
Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa
dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.
2. Kenyataan
Blog Datuk A Kadir Jasin:-
- “Saya
pun dengar cerita seribu satu malam daripada Ali Baba Bujang Lapok yang kata,
ada seorang saudagar yang sangat kaya yang ada ribu-ribu unta dan tikar terbang
dari negeri Autastan, jiran Tipustan, bagi sadakah bilion-bilion dirham kepada
DS Najib. Masya-Allah, banyaknya duit Sheikh unta itu. Alhamdulillah murahnya
rezeki DS Najib. Shukran!”
- If
the money in the Prime Minister’s account/s was not from 1MDB, why didn’t Jho
Low say so or why did people linked to the account/s had to run away from the
country?
3. Kenyataan
Datuk Ahmad Maslan Nafi Dakwaan Muhyiddin
- "Itu
tidak betul… tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden
(Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang
perkara yang berkaitan.
Jika
dianalisis dari semua aspek logik dan kewarasan akal, secara halus dan tertib
SPRM telah menjelaskan hasil siasatan mereka
telah mendapati dana sebanyak
RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana
1MDB. Fokus kita bukan kepada ‘SUMBANGAN DERMA’ tetapi DANA SEBANYAK
RM2.6BILION tersebut sememangnya ada dan di masukan ke dalam akaun Perdana
Menteri.
SEKARANG
kaitkanlah dengan kenyataan Ahmad Maslan
“tidak ada pengaliran wang dan
sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli
Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan”.
Jadi Kenyataan Blogger A. Kadir
Jasin yang menggambarkan Ali Baba Bujang Lapok (SPRM) yang secara rasminya
telah mengakui adanya dana yang telah dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri.
1. Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN)- Kenapa tiada audit dan siasatan yang dijalankan
sedangkan akaun milik Perdana Menteri telah mencecah bilionan ringgit? Adakah
siasatan terperinci telah dibuat? Adakah lopran tersebut telah dilaporkan?
2. Pejabat
Perdana Menteri (PMO)- Sekiranya kenyataan SPRM tidak benar dan dakwaan semata-mata,
PMO seharusnya mengeluarkan kenyataan media susulan berkaitan dakwaan ini bagi
menjawab isu ‘PENDERMA’ dan kenyataan terdahulu yang menyatakan tiada sebarang
transaksi yang melibatkan akaun Perdana Menteri.
3. Pejabat
Peguam Negara (AGC)- Pejabat Peguam Negara selaku salah satu entiti dalam
Pasukan Petugas Khas juga seharusnya mengeluarkan satu kenyataan media untuk
menjelaskan kepada orang ramai berkaitan penerangan SPRM berhubung pembahagian
skop siasatan kepada umum. Kenapa AGC hanya membiarkan hanya beban siasatan
1MDB hanya kepada SPRM sahaja untuk menjelaskan kepada rakyat? Adakah SPRM
sahaj dalam Pasukan Petugas Khas tersebut?Kasian Mati Katak SPRM dibuatnya.
Jelas
dan terang sekarang SPRM hanya menjalankan siasatan berkenaan isu SRC
International yang melibatkan dana RM4 Bilion. Dalam kenyataan media juga, SPRM sekali
memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.
Oleh itu kita seharusnya bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam
menjalankan siasatan dengan menyeluruh.
Tanggungjawab
SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya
bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.
Sebagai
Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan
bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang
terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau
campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.
SPRM
menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan
mengenai perkara ini selesai.
#supportsprm
#sprmpejuangantirasuah
#sprmbukanpekomplot
#untukmusprm
#solidarityforsprm


No comments:
Post a Comment