OPS SEJUK PELBAGAI
PIHAK PUJI TINDAKAN SPRM
Selepas
enam bulan melakukan intipan, SPRM menerusi Ops Sejuk telah menggempur Cameron
Highlands dan menahan 21 pengusaha ladang sayur kerana disyaki memberikan rasuah kepada
pegawai agensi penguat kuasa. Sogokan
itu bertujuan mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti penerokaan
tanah haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi
pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual.
Melalui
tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Penduduk Cameron
Higlands menyatakan sokongan yang penuh terhadap tindakan SPRM menahan tauke
ladang yang dipercayai memberikan rasuah, bahkan melibatkan juga pihak yang
menerima suapan.
Cheng Nam Hong, 43, penduduk di Lembah Bertam berkata,
tindakan lebih profesional itu diperlukan bagi menangani masalah di Cameron
Highlands yang bertambah buruk sejak 2008.
“Kita
amat menyokong tindakan SPRM yang menahan tauke ladang yang dipercayai
memberikan rasuah seperti yang tersiar di akhbar kerana setiap kesalahan perlu
diambil tindakan.
“Apatah
lagi penduduk di sini juga cuba mengelak daripada bercakap mengenainya kerana
wujud tekanan politik supaya perkara ini tidak dijadikan sebagai satu isu,”
katanya.
Selepas
enam bulan melakukan intipan, SPRM kelmarin menggempur Cameron Highlands dan
menahan 19 tauke ladang kerana disyaki memberikan rasuah kepada pegawai agensi
penguat kuasa.
Sogokan
itu bertujuan mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti penerokaan
tanah haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi
pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual.
Mohd. Faizal Idris, 47, seorang lagi penduduk Cameron
Highlands, menyifatkan langkah yang diambil oleh SPRM itu adalah tepat bagi
‘mengajar’ mereka yang degil khususnya dalam hal membabitkan pencerobohan
tanah.
Menurut
beliau, tindakan tersebut sememangnya diambil berdasarkan realiti di kawasan
tanah tinggi ini ekoran penguasaan pasaran oleh tauke-tauke besar.
“Kalau
boleh, tindakan penguatkuasaan seperti ini bukan sahaja diteruskan di Cameron
Highlands tetapi di seluruh negara,” katanya.
Mohamad Redzwan
Mohamed Nor, 48,
pula berkata, beliau amat bersetuju dengan ketegasan SPRM yang tidak memilih
bulu dalam mengambil tindakan kali ini.
“Saya
rasa perkara ini sudah lama berlaku tapi selama ini, kita ambil sambil lewa.
Jadi, kita mahukan perubahan dan musnahkan segala amalan rasuah sepenuhnya.
“Apabila
isu ini melibatkan tanah, sememangnya orang akan menyangka wujud rasuah di
situ,” katanya.
Faizal Che Abdullah, 42, tindakan penguatkuasaan mesti
dijalankan secara konsisten bagi membendung penularan kepada permasalahan yang
lebih besar.
“Kita
tidak mahu orang menganggap pegawai penguat kuasa di negara ini hanya
menjalankan tugas secara bermusim,” katanya.
Sementara
itu, Presiden Peka, Puan Sri Shariffa
Sabrina Syed Akil berkata, susulan tindakan tegas SPRM tesebut Pertubuhan
Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mencadangkan sebuah agensi atau
organisasi khusus ditubuhkan bagi menangani isu tersebut.
“Agensi
ini perlu ditempatkan di kawasan tanah tinggi tersebut supaya boleh bergerak
secara bersepadu dan akan berkongsi maklumat dengan agensi penguatkuasaan lain
mengikut bidang kuasa masing-masing.
“Selain
melakukan pemantauan secara berkala, agensi itu juga perlu terbuka supaya dapat
menerima segala maklumat yang disalurkan oleh orang awam,” katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Penubuhan
agensi itu juga sekali gus mampu menghentikan kebergantungan terhadap ahli
politik tertentu dalam menyelesaikan isu pencerobohan tanah di Cameron
Highlands.
“Kerajaan
juga harus mempergiatkan aktiviti penanaman semula pokok dan tumbuhan lain
seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dalam usaha memulihara kawasan
tersebut,” tambahnya.
Beliau
turut memuji tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
berjaya menahan 21 tauke ladang di Cameron Highlands kerana disyaki memberi
wang suapan kepada pegawai penguat kuasa.
Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menerusi Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands
menyatakan sokongan peuh terhadap tindakan penguat kuasa SPRM dalam memerangi
rasuah di Cameron Higlands.
“Kita
mengalu-alukan tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
bagi menangani isu rasuah yang menjadi barah di Cameron Highlands.
‘’Jika
ada pegawai kerajaan didapati menerima rasuah, mereka tidak akan terkecuali
(daripada penguatkuasaan) dan SPRM mempunyai kuasa penuh untuk menguatkuasakan
undang-undang,” katanya.
No comments:
Post a Comment