JANGAN TERPERDAYA,
RASUAH SYAITAN DUNIA
Sama
seperti najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib diperangi.
Berapa ramai orang muda sekarang yang tahu bahawa rasuah itu salah di sisi oleh
undang-undang dan ditegah oleh agama? Malangnya rasuah tetap dilakukan dengan
seribu satu alasan. Kadang-kadang secara terbuka.
Sebelum
Saya putuskan untuk menulis tentang isu rasuah ini, Saya sedar mungkin isi
kandungannya tidak akan memberi sebarang kesan terhadap gejala ini. Tetapi
sekurang-kurangnya melalui penulisan ini Saya dapat menyebarkan idea terutama
di kalangan generasi muda atau sekurang-kurangnya di kalangan generasi muda bahawa
rasuah boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara jika
tidak dibendung.
Perlu
diketahui bahawa dalam konteks rasuah, jika tiada 'pemberi', pastinya tiada
'penerima'. Saya hanya mampu untuk tekankan lebih kepada kategori 'pemberi'
kerana pada pendapat Saya pembuka jalan bagi kegiatan rasuah bermula dari pihak
yang melakukan kesalahan. Walau sekecil mana nilainya, biar RM1 ia tetap
rasuah. Ia tetap salah di sisi undang-undang. Ia tetap di larang agama.
Saya
tidak nafikan kerajaan cuba dengan pelbagai cara untuk membendung rasuah. Jelas
sekali negara kita mempunyai undang-undang yang cukup lengkap. Tetapi dari segi
penguatkuasaan untuk rakyat praktikkan setiap undang-undang yang telah
digariskan adalah sebaliknya. Maksud Saya di sini, undang-undang yang ada sudah
cukup baik untuk bendung rasuah. Tetapi sikap rakyat yang menjadikan rasuah
terus berleluasa.
Rasuah
nampak macam sudah sebati dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Sudah menjadi
budaya. Mungkin proses permodenan yang tidak seimbang dengan pembangunan rohani
adalah antara puncanya.
Wujudnya
golongan yang mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada kepesatan
pertumbuhan negara antara penyumbangnya. Umpamanya apa yang Saya boleh kongsi
pengalaman teman yang sanggup menggunakan apa sahaja bagi memenangi hati
pembuat keputusan ketika mengemukakan sesuatu tender.
Mereka
tidak bersandarkan kepada kebolehan. Tetapi menggunakan rasuah sebagai jalan
pintas untuk mencapai kejayaan mendapatkan sesuatu projek. Memang negara kita
akan tetap maju, tetapi sayang, perkara begini akan mencacatkan kemajuan
tersebut. Saya pasti ramai bersetuju jika dikatakan kegiatan rasuah akan
menghakis kepercayaan rakyat terhadap cerdik pandai negara kita.
Setiap
kali berlakunya rasuah, bukan sahaja pemerintahan menjadi lemah tetapi negara
akan kehilangan hasil yang sepatutnya diterima untuk kebajikan sosial.
Paling
senang untuk Saya gambarkan adalah apabila pemandu ditahan di atas kesalahan
tertentu. Orang yang melakukan kesalahan lalu lintas sanggup memberi rasuah
supaya tidak disaman. Sedangkan jika dia di saman dan membayar denda jumlahnya
lebih kurang sama. Denda yang dibayar itu pula merupakan pendapatan kepada
negara yang boleh digunakan untuk pelbagai benda.
Bayangkan
jika si 'pemberi' tidak memberi rasuah, duit itu boleh digunakan oleh kerajaan
untuk kesejahteraan rakyat. Dengan rasuah ia hanya inikmati orang yang menerima
itu sahaja.
Bagi
Saya demi memperbaiki imej Malaysia, pihak-pihak yang cenderung memberi dan
menerima rasuah perlu ubah sikap. Kena kuatkan jati diri bagi membanteras
rasuah dan mungkin untuk anak muda gejala ini boleh dibendung sejak zaman
persekolahan lagi dengan memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
dengan harapan generasi yang dibentuk bencikan rasuah ini akan membesar menjadi
individu yang bertanggungjawab serta bebas daripada rasuah.
Saya
memuji usaha- usaha membanteras rasuah yang telah dilaksanakan oleh SPRM secara menyeluruh dan akan terus memberi
sokongan kepada Suruhanjaya. Usaha SPRM memperkasakan usaha pencegahan rasuah
di peringkat nasional melalui jalinan kolaborasi dan kerjasama strategik antara
Kementerian mengenai tadbir urus terbaik
dan integriti yang sedang dilaksanakan.
Beliau turut berkata bahawa kolaborasi ini adalah di atas dasar sukarela
sesuatu kementerian mahupun pihak - pihak lain yang ingin menjelaskan komitmen
mereka ke arah pembudayaan integriti dan
tadbir urus unggul.

No comments:
Post a Comment