StatCounter

Saturday, 11 July 2015


Bila Transformasi Ekonomi dijadikan Rasuah Politik

Hari ini Atuk Kawasan Gelang Patah menerusi blognya mempertikaikan kenyatan TKP Pencegahan SPRM berhubung  BRIM bukan rasuah. Apa yang telah diperkatakan oleh pihak SPRM adalah benar kerana rasuah terjadi apabila wujudnya peluang dan bertujuan mendorong pemberian tersebut mendorong berlakunya perlakuan rasuah tersebut. BRIM adalah salah satu bentuk bantuan kerajaan kepada rakyat.

Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM4.9 Bilion dalam bajet 2015 untuk melaksanakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM). Selepas daripada pengumuman ini, kedengaran suara-suara yang lantang menentang pemberian BRIM samada dari penyokong pro-kerajaan ataupun pembangkang. Satu demi satu individu popular keluar memberikan kenyataan dan pandangan masing-masing.

BRIM adalah satu langkah jangka pendek oleh kerajaan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah dalam menangani masalah inflasi khususnya dalam waktu peralihan selepas pelaksanaan GST. Umum mengetahui bahawa GST adalah satu sistem cukai yang terbaik untuk sesebuah negara. Namun begitu, selepas perlaksanaan GST akan terdapat beberapa kesan SEMENTARA seperti kenaikan kadar inflasi. Oleh itu, BRIM telah dirangka khas untuk meningkatkan pendapatan boleh guna mereka yang berpendapatan rendah bagi memastikan permintaan domestik tidak terkesan akibat kesan inflasi dari pelaksanaan GST.

Melalui inisiatif ETP ataupun Program Transformasi Ekonomi, kerajaan telah bertekad untuk memastikan negara mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Dalam Bajet 2015, kerajaan telah memperkenalkan blueprint pembangunan baru seperti Blueprint Sektor Perkhidmatan dan Strategi Pembangunan Nasional (MyNDS) untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Walaubagaimanapun, segala inisiatif ini akan mengambil masa untuk membuahkan hasil, jadi BRIM adalah insiatif sementara bagi melindungi golongan berpendapatan rendah dalam negara yang sedang melalui proses transformasi ini.

Kita juga perlu sedar bahawa BRIM juga membawa kesan kepada pembangunan ekonomi. Dengan meningkatkan kuasa beli di kalangan mereka yang berpendapatan rendah, permintaan domestik juga akan meningkat. Kajian yang telah dibuat menunjukkan BRIM meberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Inilah yang dimaksudkan ‘pump-priming’ dalam bahasa ekonomi.

Malaysia bukanlah negara yang pertama dan asing dalam melaksanakan pemberian seperti BRIM. Semasa GST dilaksanakan di Singapura, kerajaan singapura telah memperkenalkan Skim Bantuan Kewangan. Semasa krisis ekonomi 2008 di Taiwan, kerajaan Taiwan telah memberikan setiap rakyatnya voucher belanja kira-kira RM400 untuk menstimulasikan ekonomi Taiwan.

Kerajaan bukannya hendak melaksanakan BRIM sampai bila-bila. Ianya cuma untuk sementara sehingga peralihan transformasi ekonomi Malaysia berjaya mencapai objektifnya pada tahun 2020.  Jadi kita harus faham, BRIM bukannya satu rasuah politik yang tidak membuahkan hasil tetapi ianya adalah satu cabang pelaksanaan transformasi ekonomi. Jika kerajaan mahu BRIM menjadi satu bentuk rasuah politik, maka rugi besarlah kerajaan kerana terpaksa memberi BRIM sampai bila-bila. Apa yang kerajaan Dato Seri Najib mahu, sebuah transformasi ekonomi yang lancar dan tidak membebankan demi memastikan pendapatan rakyat meningkat tinggi menjelang tahun 2020. Kejayaan ini apabila ditafsirkan dalam bentuk sokongan kelak, akan lebih besar dari segala jenis bentuk rasuah politik. Sekali lagi, BRIM bukan RASUAH POLITIK.

No comments:

Post a Comment