PERSIDANGAN ANTI
RASUAH ANTARABANGSA (IACC) KE-16
BUKA MATA DUNIA TERHADAP MALAYSIA
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi penghormatan menjadi tuan rumah
Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di Putrajaya, pada awal
September ini. Persidangan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia itu dijangka
disertai pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dari seluruh dunia yang akan
berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah.
Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang julungkalinya diadakan di Malaysia
akan menyediakan platform holistik kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan
pengalaman mereka dalam memerangi rasuah dengan lebih berkesan.
Malaysia
dipilih menjadi tuan rumah kali ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di rantau Asia
Ini juga adalah satu penghormatan apabila Malaysia dan SPRM dipilih sebagai
tuan rumah IACC Ke-16.

No comments:
Post a Comment