Gejala rasuah ke belakangan ini
semakin merimaskan berikutan merebaknya kes rasuah yang membabitkan banyak
pihak. Terbaharu kita digemparkan dengan penahanan sepasang suami isteri yang
juga pensyarah sebuah Universiti Awam, direman bagi membantu siasatan
membabitkan salah guna kuasa dengan nilai kira-kira RM52,000.
Penahanan dibuat selepas pasangan
tersebut disyaki menyalahgunakan kuasa sebagai penjawat awam dengan
mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik
mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan penyelidikan membabitkan
nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016.
Rasuah datang dalam pelbagai
kaedah. Kebiasaannya, orang yang dijadikan sasaran ialah mereka yang mempunyai
kedudukan atau ada kuasa membuat keputusan berhubung dengan apa yang diinginkan
itu.
Menurut anggaran terbaru, negara
dikatakan mengalami kerugian besar jika gejala rasuah tidak dapat dibendung.
Benarkah???
Dalam konteks rasuah di Malaysia,
paling banyak kita menerima laporan ialah mengenai salah laku penjawat awam.
Penjawat awam berkenaan
dilaporkan mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 2008 dan ditahan
bersama-sama lapan kontraktor, termasuk seorang wanita dari syarikat pengurusan
acara yang diberikan kontrak. Kontraktor berkenaan didakwa telah membantu
penjawat awam itu memiliki beberapa buah kereta mewah, barangan kemas, beg
berjenama, unit amanah dan melancong ke luar negara.
Ingatkah kita dengan peringatan Ketua
Setiausaha Negara juga telah memberi bahawa tindakan segera yang boleh diambil
ke atas penjawat awam yang melanggar peraturan berdasarkan PERATURAN 43, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN
TATATERTIB) 1993, DAN MENGEMUKAKAN PERAKUAN “PERINTAH TAHAN KERJA.”
Apabila seseorang penjawat awam
dikenakan “PERINTAH TAHAN KERJA”, pegawai
berkenaan tidak akan menikmati apa-apa lagi kemudahan sebagaimana ketika beliau
berkhidmat.
Selama proses itu berjalan, dari
siasatan dan keputusan mahkamah dibuat, pegawai berkenaan tidak memperoleh
apa-apa emolument atau elaun. Sekiranya proses berkenaan mengambil masa
bertahun-tahun lamanya, penjawat awam berkenaan akan “MENDERITA” sepanjang tempoh berkenaan. Jika didapati bersalah,
hukuman berat akan ditentukan oleh mahkamah, termasuk dipenjarakan.
Semua orang tahu bahawa bahawa
rasuah merupakan perbuatan yang tercela dan melanggar undang-undang sehingga ramai
yang membenci rasuah. Namun ramai yang terjebak dengan amalan rasuah kerana mendatangkan
keuntungan duniawi secara pantas sehingga ia ‘DIRINDUI’.
Kadang-kadang dalam hati pelaku
rasuah muncul perasaan bercampur baur antara benci dan rindu. Dibenci kerana
rasuah membahayakan sistem dan kepentingan orang ramai, namun ‘dirindui’ kerana
kemampuannya menghasilkan kepentingan material dalam sekelip mata.
Penulis yakin bahawa ‘PERTARUNGAN’ batin mempertaruhkan
benci dan rindu seperti itu sentiasa ada di dalam dada para pelaku perasuah.
Namun seringkali godaan duniawi
dan kenyamanan kehidupan hedonis menjadikan faktor kebencian kerap
dikesampingkan dan kerinduanlah yang didakap sebagai pilihan sehingga yang
disebut terakhir inilah yang akan memenangkan pertarungan batin itu.
Kerinduan itu semakin
menjadi-jadi dan keinginan untuk melampiaskannya semakin terbuka lebar ketika
apabila undang-undang dan penguatkuasaan tidak ditegakkan. Ketelusan dan
urustadbir tidak berjalan serta rakyat tidak ada yang mengawal dan menilai
perjalanan pentadbiran.
Situasi seperti inilah yang
menjadikan gejala rasuah semakin merebak di semua peringkat masyarakat. Jika
keadaannya seperti itu, tidak adakah kaedah yang berkesan bagi menghentikan
gejala negatif ini?
Sudah tentu pasti ada. Pilihannya
kembali ke tangan kita seberapa jauh komitmen dan kesungguhan membanteras
rasuah ini sungguh-sungguh dijalankan?
Bak pepatah ‘tidak ada keruh yang
tidak akan jernih, tidak ada kusut yang tidak akan selesai’ bila kita mahu
menggunakan hati nurani dan akal sihat dalam menghapus rasuah.
‘Kembali ke pangkal jalan’ dan
menghidupkan lagi cara hidup yang sederhana.
‘Kembali dan ingat lagi ke ajaran
agama’ dan meletakkan ajaran Allah sebagai pegangan dan sumber segala perkara.
Kukuhkan lagi keupayaan rakyat sebagai ‘SOCIAL CONTROL’ bagi mengawasi
semua pihak yang berpotensi melakukan rasuah.


No comments:
Post a Comment