Meskipun dengan kesibukan jadual
harian, adalah perlu untuk kita meluangkan sedikit masa berfikir dan bertanya
apa yang patut dilakukan untuk menangani pelbagai ancaman alam sekitar yang
dihadapi di bumi ini.
Hakikatnya, manusia sendiri telah
memusnahkan alam semula jadi yang begitu diperlukan demi kestabilan bumi dan
generasi akan datang. Malangnya, perlakuan itu jarang-jarang sekali direnungkan
bersama.
Manusia telah mencapai kedudukan
yang aneh di mana walaupun ramai orang dari pelosok bumi keluar untuk
melindungi alam sekitar namun masalah ini masih tidak dapat ditangani.
Kita telah banyak mengalami
banjir kilat dan tanah runtuh dan pengajaran dari bencana lepas ini masih belum
dipelajari dan diserap.
Sebagai pemegang amanah kepada
sumber planet dan kepelbagaian geobiologi, kita perlu menggunakan sumber asli
kita dengan cara yang betul dengan memastikan pemuliharaannya. Sebagai pemegang
amanah, ia akan memaksa kita untuk mengekang tindakan kita dengan kesederhanaan
dan keseimbangan.
Bahkan isu pencemaran semakin menjadi-jadi
di negara ini dan dilihat tiada kesudahannya sehingga mendatangkan pelbagai
kesan negatif termasuk kemusnahan alam sekitar serta kesihatan umum.
Permasalahan ini menjadi lebih
buruk dengan pembabitan agensi sepatutnya dipertanggungjawabkan memelihara kesejahteraan
alam sekitar namun bertindak sebagai tali barut demi kepentingan wang.
Jika diteliti, beberapa kes alam
sekitar yang didedahkan di akhbar-akhbar seperti semuanya melibatkan agensi
penguat kuasa.
Sehubungan itu, langkah yang
diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak pantas melakukan
siasatan berhubung kes pencemaran alam sekitar membabitkan aktiviti perlombongan
bauksit dan pembalakan haram yang berlaku di Malaysia adalah wajar.
Menurut Timbalan Ketua
Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pasukan penyiasat SPRM
sedang mengumpul serta mendapatkan maklumat mengenai kegiatan tersebut yang
dipercayai berlaku di beberapa buah negeri.
“Jika didapati wujud elemen rasuah
dan salah guna kuasa, kita akan mengambil tindakan terhadap
penjenayah-penjenayah alam sekitar yang terlibat,” katanya.
Sebelum ini, pelbagai isu alam
sekitar yang didedahkan mempunyai kaitan dengan amalan rasuah dan salah guna
kuasa sehingga dalang yang melakukan pencemaran dan kerosakan kepada alam
sekitar terus bermaharajalela tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Malah, individu-individu tidak
bertanggungjawab ini akan terus mengambil kesempatan sehingga tidak gentar
melakukan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang dan memudaratkan orang
ramai jika tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka.
Sedarlah sejarah mengajar kita
manusia tentang peradaban dan ini akan dimusnahkan jika tidak berdamai dengan
alam sekitar. Tiada siapa yang boleh menafikan kepentingan alam sekitar
berhubung dengan peradaban.
Bolehkah sesuatu yang dilakukan
untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar?
Lebih menyedihkan, apa yang
berlaku menunjukkan gejala rasuah dalam kalangan penguat kuasa bukan lagi
perkara kecil malah ia semakin merebak dan mungkin sudah membarah dalam
sesetengah agensi dengan bertindak sebagai tali barut demi kepentingan wang.
Justeru tindak SPRM amatlah
tepat. Bersihkanlah agensi-agensi penguat kuasa kita. Kita percaya ramai lagi
dalam kalangan anggota penguat kuasa yang jujur dan amanah melaksanakan
tanggungjawab mereka.
Tetapi kelompok ini turut
terseret sama disebabkan segelintir anggota penguat kuasa yang terus mahu
'menghidangkan' rezeki haram kepada isteri dan keluarga mereka. Apapun mereka
yang terlibat perlu bersedia menerima padahnya kerana penulis yakin golongan
itu sudah pasti ada dalam radar SPRM.





Syabas SPRM tgk2 di Sabah jua
ReplyDeleteKalau alam sekitar pun jadi mangsa, tak tau la apa nak jadi dgn masa akan dtg nanti
ReplyDeleteDuit punya pasal..sahkan alam sekitar silap2 diri sendiri depa jual...
ReplyDelete