Selepas penahanan Tan Sri Isa
Samad oleh SPRM kelmarin, seorang individu yg kononnya bergelar peguam hak
asasi, N.Surendran, tiba-tiba berlagak hero mempertikai isu baju lokap dan gari terhadap tahanan SPRM.
Menurut Surendran, tindakan 'MEMAKSA' suspek memakai baju lokap
jingga adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan akta mengenai peraturan
penjara.
Dengan dangkalnya, Surendran
menjelaskan, Peraturan 168 dalam Peraturan Penjara 2000 mewajibkan pihak
berkuasa penjara membenarkan banduan yang belum disabit kesalahan untuk memakai
pakaian peribadi.
DARI MANA SURENDRAN INI BELAJAR UNDANG-UNDANG? Amat lucu dan sungguh memalukan.
Tahukah dia bahawa peraturan
tersebut TIDAK TERPAKAI kepada
tahanan yang sedang disiasat SPRM.
Sebenarnya, ada lagi satu
peruntukan undang-undang yang digunapakai terhadap tahanan yang disiasat SPRM
ini iaitu mengikut Kaedah-Kaedah Lokap 1953.
Peraturan 168 yang dicanang oleh
Surendran itu HANYA DIGUNAPAKAI KEPADA
ORANG YANG BELUM DIDAPATI BERSALAH TETAPI PERLU DITAHAN DI PENJARA, BUKAN DI
LOKAP.
Misalnya mereka yang gagal
membayar jamin selepas dituduh di mahkamah dan menunggu sebutan semula kes, atau mereka yang disyaki melakukan kesalahan
berat yang tidak boleh dijamin seperti jenayah bunuh.
Jadi dalam keadaan manakah SPRM
tidak boleh memakaikan tahanannya dengan baju jingga? Malah jika mengikut Kaedah-kaedah Lokap, orang yang sedang disiasat ini boleh dihukum sekiranya enggan
memakai pakaian yang disediakan kerana telah melanggar disiplin.
Nampak gayanya, Surendran ini
sudah berkecamuk fikirannya kerana terlalu GHAIRAH
hendak mempolitik semua perkara. Begitulah jadinya.
Penulis juga MENCABAR Surendran supaya mengemukakan
mana-mana peraturan undang-undang yang secara jelas menyatakan situasi atau
keadaan mewajibkan atau tidak mewajibkan suspek digari.
Manalah tahu, satu hari nanti SURENDRAN PULA PAKAI BAJU JINGGA, jadi
cepatlah SPRM buat keputusan hendak gari atau sebaliknya?





tu dia...
ReplyDelete