Kecoh hari ini apabila ada sebuah portal melaporkan berita
yang hanya dipetik daripada sumber yang tidak sahih.
Maka ramailah netizen menurunkan komen sinikal susulan
tomahan yang kotor dan keji serta
serangan berbentuk peribadi terhadap pemimpin SPRM.
Jelas sekali, reaksi dibuat menunjukkan ramai ‘sayang’
terhadap SPRM dan mahu memerangi isu rasuah.
Apa yang pasti penulis yakin, SPRM di bawah kepemimpinan
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkili Ahmad telah mewujudkan satu kesedaran
luar biasa dalam kalangan rakyat berhubung perbuatan rasuah dan salah guna
kuasa. Di bawah kepemimpinan beliau juga, rakyat semakin memahami erti
integriti dan tadbir urus yang baik khususnya melibatkan perkhidmatan awam,
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.
Dalam usaha memastikan apa yang dilakukan oleh SPRM bukanlah
cakap-cakap kosong pelbagai penangkapan dan pendakwaan dilaksanakan melibatkan
pelbagai pihak termasuklah ahli politik.
Terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli
perniagaan, Phang Li Koon, berhubung penukaran status tanah daripada zon
pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah
nilai pasaran telah memulakan prosidingnya. Hal ini pasti membuatkan perasuah kepanasan.
Tidak cukup dengan itu Dzulkifli melancarkan Gerakan
Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang kini sedang menjelajah ke seluruh negara bagi
menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat supaya menjauhi rasuah.
Dari segi integriti pula, SPRM melaksanakan Ikrar Bebas
Rasuah (IBR) yang ditandatangani oleh kerajaan-kerajaan negeri, jabatan
kerajaan dan pelbagai pihak lain. IBR memberi penekanan kepada ikrar serta
janji yang dibuat dalam kapasiti sebagai individu, untuk menjunjung
tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada
terlibat dengan godaan rasuah dan salah guna kuasa, sepanjang melaksanakan
tugas.
Kalau mahu dilihat dari setiap sudut tindakan yang telah
dilaksanakan oleh SPRM sememangnya ramai berada dalam keadaan ‘kegerahan’.
Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, SPRM mula ‘diserang’
dan sudah tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada Ketua
Pesuruhjayanya melalui ‘pembunuhan karakter’.
Taktik kotor dan jijik tersebut digunakan dengan harapan
mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peribadi dan
kredibiliti SPRM.
Perbuatan jahat itu dilakukan kerana mereka semakin
‘kegerahan’ berikutan tindakan agresif Dzulkifli yang memastikan SPRM bertindak
tanpa memilih bulu.
Kita perlu anggap rasuah ‘musuh semua’, bukannya menjadikan
SPRM sebagai musuh atau menyerang SPRM.
Tangkap dan bawalah kes ke mahkamah. Prestasi inilah
menyebabkan pihak-pihak yang terlibat
dalam rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan tidak dapat tidur lena
kerana ‘kegerahan’ melihat ketegasan SPRM.

No comments:
Post a Comment